CONTACT US

CONTACT US

Friday 9 January 2015

KERATAN AKHBAR - INSURANS HAYAT DIKECUALIKAN CBP, KATA CHUA

PETALING JAYA, 7 Jan (Bernama) -- Premium untuk insurans hayat tidak akan dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) yang dijadual dikuat kuasa bermula 1 April ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong.

"CBP berkadar enam peratus itu akan dikenakan terhadap semua premium insurans selain insurans hayat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program 'Hand Holding' bagi sektor runcit khususnya berkenaan CBP, di sini hari ini.

Beliau berkata cukai terhadap premium insurans bukan perkara baharu kerana pada masa ini ia turut tertakluk kepada cukai jualan dan cukai perkhidmatan.

-- BERNAMA