CONTACT US

CONTACT US

Tuesday 11 December 2012

KERATAN AKHBAR - LHDN Tegas Individu Pendapatan Bawah RM5,000 Tidak Dikenakan Cukai

BERITA
Sabtu September 29, 2012


CYBERJAYA: Selaras dengan pengumuman penurunan kadar cukai satu mata peratusan, individu yang pendapatan bercukainya di bawah RM5,000 tidak perlu lagi membayar cukai mulai tahun taksiran 2013. 



Menjelaskan demikian, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Tan Sri Dr Mohd Shukor Mahfar berkata mereka yang berpendapatan bercukai RM5,000 hingga RM20,000 ke atas pula akan menikmati kadar cukai sebanyak dua peratus berbanding tiga peratus sebelum ini.

Sunday 2 December 2012

KEPERLUAN AKAUN SYARIKAT

Soalan:-
Berapakah caj untuk perkhidmatan perakauanan dan audit dari sykt tuan? Sy ada company sdn bhd yg telah beroperasi dalam 8 bulan..tq 

Wednesday 28 November 2012

PENUBUHAN SYARIKAT - MODAL SAHAM SYARIKAT


Soalan : 
Modal dibenarkan "Autorised Capital" kalau nak tetapkan 1 Juta, berapa yang kena bayar pada syarikat Encik, dan Modal berbayar "Paid Up-Capital" boleh remain RM10,000 atau x?

Jawapan : 
- Jika nak terus buat modal dibenarkan 1 Juta, kos kami adalah RM6,500.00 (tidak termasuk  yuran bulanan bagi Setiausaha Syarikat).
- Macam yang saya bagi tahu sebelum ini, paling minimum adalah RM2. Kalau nak buat RM10,000 pun boleh, tiada masalah. Jika selepas itu hendak membuat penambahan pada modal berbayar pun boleh (ada kos dicaj ke atas dokumen-dokumen yang perlu disediakan kelak).

Friday 16 November 2012

PROSES PENUBUHAN SYARIKAT

Soalan:-

Saya nak tanya, apa pendapat Tuan untuk tindakan pertama bagi pembukaan Syarikat Sdn. Bhd. ni selepas carian nama dah selesai?

Jawapan:-

Carian nama Syarikat (melalui Borang 13A) yang telah diluluskan oleh SSM hanya akan dirizabkan bagi tempoh 3 bulan sahaja. 


Maka dalam tempoh tersebut, proses penubuhan perlu dilakukan dengan menghantar dokumen seperti Borang 48A, Borang 6, Memorandum dan Artikel berserta yuran pendaftaran kepada SSM (proses ini akan membolehkan pihak SSM meluluskan penubuhan Syarikat tersebut dengan mengeluarkan sijil / borang 9 (sijil penubuhan).

Seterusnya menyerahsimpan kepada SSM Borang 24, Borang 44 dan Borang 49 (dalam tempoh sebulan selepas penubuhan). 

Syarikat sudah boleh beroperasi.

Sunday 5 February 2012

MEMECAT PEMEGANG SAHAM (SHAREHOLDERS)


From: xxx@yahoo.com
Sent: Tuesday, December 20, 2011 10:14 AM
Subject: pertanyaan


Salam,
Saya telah dilantik sebagi ahli lembaga pengarah sebuah syarikat sdn.bhd...sy tidak ada pengalaman sebagai ahli lembaga dan telah membeli sedikit saham..sy berminat utk tahu dgn lbh lanjut ttg kelebihan sebagai ahli lembaga ni setelah membaca dalam blog ini.

1) Adakah ahli lembaga layak menerima elaun bulanan jika bukan sebagai staff di syarikat tersebut? 
2) Bagaimana pula jika ahli lembaga yg jg sebagai staff di syarikat? apakah perbezaan dgn lembaga yg bkn staff?
3) Baru-baru ini, CEO saya pernah berkata sekiranya kami sbg BOD tidak bekerja dgn company dia nk lucutkan hak kami sbg pemegang syer.sedangkan ada ramai pemegang syer yg bkn BOD...adakah dia boleh berbuat sedemikian? sedangkan kami dah bayar syer itu.

Saturday 4 February 2012

PENGARAH, PEMEGANG SAHAM & CUKAI


Salam Tuan,

1. Saya cuba menerangkan.
Quote:
1. Orang yg blacklist bank boleh jadi Lembaga Pengarah sykt s/b ke? Dan adakah Pemegang syer itu sama juga ertinya dengan Lembaga Pengarah?
Blacklist ... kadang2 wujud isu yg tak rasional ... seperti tak bayar apa2 instalment lebih 3 bulan ... appear kat CITOS. Walaupun kita tidak diblack list atau dibankrupt ... terdapat beberapa bank yg tidak memberikan pinjaman (Loan) .. reason ... rekod tak baik ... walaupun pinjaman itu dilakukan atas kapisiti Syarikat.

Pengarah2 yg dilantik ... seelok2nya tidak mempunyai masalah rekod kewangan ... kerana ianya mempengaruhi akan keputusan pihak bank. Ini adalag polisi sesetengah bank .. dan bukannya Akta atau Undang2.

ELAUN PENGARAH & DIVIDEN


SOALAN:
Salam tuan radzi,

Saya ada beberapa soalan,

1. Apakah maksud elaun kedatangan pengarah & elaun mesyuarat? siapakah yg layak menerimanya? adakah elaun ini dikenakan tax, epf, serta socso?

2. Jikalau pengarah syarikat diberikan kereta, pengarah tersebut perlu byr tax utk kereta tu kan? boleh terangkan? saya tak berapa faham. dan berapa pula jumlah tax tersebut? boleh berikan contoh?

3. Bagaimanakah caranya utk syarikat ,mengishtiharkan dividen? contoh jika syarikat membuat keuntungan sebyk 400k, berapakah nilai dividen? ada formula tertentu ke perlu kita pakai? boleh tak tuan terangkan?

sorry byk sgt soalan... 

JAWAPAN :

Salam Tuan,

Quote:
1. apakah maksud elaun kedatangan pengarah & elaun mesyuarat? siapakah yg layak menerimanya? adakah elaun ini dikenakan tax, epf, serta socso?