CONTACT US

CONTACT US

KHIDMAT KAMI


TUBUH DAN DAFTAR SYARIKAT BARU

PENGENALAN

Syarikat ini ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 iaitu Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) atau Syarikat Berhad (Bhd.). Bagi Syarikat Sdn. Bhd. Akta Syarikat telah menetapkan sekurang-kurangnya 2 orang diperlukan bagi menaja iaitu proses dalam menubuhkan Syarikat Sdn. Bhd. Ahli-ahli syarikat ini dihadkan kepada 50 orang sahaja dan satu-satu masa.

Kuasa Lembaga Pengarah

Pemegang Saham Syarikat akan melantik Para Pengarah dalam melaksanakan Objektif dan Arah tuju Syarikat. Oleh yang demikian, didalam pengurusan Syarikat, pihak berkuasa tertinggi syarikat ialah Lembaga Pengarah (Board of Directors). Lembaga Pengarah akan membuat ketetapan ke atas segala dasar yang dipersetujui bersama dalam mengurus dan mentadbir Syarikat dengan sebaik mungkin dan berlunaskan Undang-undang yang telah ditetapkan. Association) adalah di dalam tangan Lembaga Pengarah tetapi berpandukan Akta Syarikat 1965.

Liabiliti Terhad

Sifat kelebihan dan utama mengapa ramai yang memilih entiti perniagaan Sdn. Bhd. adalah Konsep Liabiliti Terhad. Para Pemegang Saham tidak akan menanggung liabiliti Syarikat sekiranya Syarikat dikenakan tindakan undang-undang mahupun pembubaran Syarikat. Bagi saham Syarikat yang telah dilanggan penuh, maka liabiliti hanya terhad kepada jumlah saham yang dipegang dan dibayar sahaja.

PROSES PENDAFTARAN SYARIKAT

Peringkat Pertama

Permohonan mencari nama Syarikat - Kelulusan nama perlu diperolehi daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum proses-proses lain dijalankan. Nama yang dicadangkan haruslah:
a. Tidak digunakan oleh Syarikat lain atau hampir menyerupai
b. Tidak bersifat keterlaluan dan ekstrim
c. Tidak boleh menggunkan nama yang telah dikawal oleh kerajaan seperti Putra, Mas, Nama Negeri-negeri dan sebagainya.

Pada ketika ini (1 November 2011), bilangan jumlah Syarikat Sdn. Bhd dan Berhad telah mencapai angka 970,000. Oleh yang demikian banyak nama Syarikat telah digunapakai dan didaftarkan.

Peringkat Kedua

Selepas nama baru diluluskan oleh SSM, maka perlulah disediakan Borang dan Dokumen sebelum pengeluaran Borang 9 (Sijil Penubuhan Syarikat). Tempoh maksimun 3 bulan diberikan oleh SSM bagi melengkapkan dan menyerahsimpan borang dan dokumen berkaitan. Antaranya adalah :
a. Memorandum dan Artikel Syarikat - M & A :
Merupakan Peraturan, Undang-undang dan Perlembagaan Syarikat.
b. Borang Perlantikkan Pengarah - Borang 48A - Merupakan pengistiharan Pengarah atau Pemegang Saham.
c. Penyataan Pematuhan - Borang 6

Peringkat Terakhir

Selepas kesemua borang dan dokumen diproses dan telah diluluskan oleh SSM, maka Sijil Penubuhan Syarikat iaitu Borang 9 dikeluarkan yang kebiasaanya mengambil masa 1 atau 2 hari.
Susulan dari pengeluaran Sijil Penubuhan Syarikat, maka dokumen-dokumen seperti dibawah perlu diserah simpan kepada pihak SSM.
----->a. Borang 24 – Merupakan Borang Maklumat Saham dan Pemegang Saham termasuklah Saham Diterbitkan dan Saham Dibenarkan (Authorised dan Paid-up Capital).
----->b. Borang 44 – Merupakan dokumen yang menyatakan maklumat dam kedudukan Pejabat Berdaftar Syarikat
----->c. Borang 49 – Borang yang menyatakan maklumat Para Pengarah, Pengurus dan Setiausaha Syarikat.

. . . . . . . . .RM2,200 sahaja !! . . . . . . . . . .


Dengan harga yang kompetitif dan khidmat runding yang berterusan. Anda tidak perlu risau lagi tentang status Syarikat anda. Dengan pengalaman dan kemampuan yang ada kami sedia membantu dan memberikan perkhidmatan yang terbaik. Perkhidmatan yang kami tawarkan merangkumi ke seluruh Malaysia.




                                         PERKHIDMATAN LAIN SEPERTI :


Menyediakan perkhidmatan khidmat runding dan nasihat meliputi PENGURUSAN SYARIKAT dan PERNIAGAAN, PERCUKAIAN dan sebagainya.

A. PENGAUDITAN
Khidmat Runding Pengauditan terhadap entiti seperti Syarikat Sdn. Bhd., Koperasi, Pertubuhan dan Yayasan. Begitu juga dengan Pengauditan Terkhusus (Requested by Specific Jobs)


B. PERAKAUNAN

Sisitem Perakaunan Berkomputer yang lengkap bagi semua jenis perniagaan dan industri dengan kadar berpatutan. Juga menyediakan perkhidmatan menaik-taraf sistem perakaunan yang sedia ada bagi mengikut kesesuaian perniagaan dan entiti yang diperlukan.


C. PERCUKAIAN

Khidmat Runding dan Nasihat didalam Cukai Perniagaan, Cukai Individu, Cukai Koperasi dan sebagainya. Dengan memaksimum keuntungan perniagaan dan pada masa yang masa merancang penjimatan cukai dengan sebaik mungkin. Peruntukkan Undang-undang seperti Akta Cukai, Akta Syarikat, Akta Perkongsian akan diguna-pakai sebaik mungkin dan mengadaptasi cara bersesuaian.


D.
 KHIDMAT SETIAUSAHA SYARIKAT

Menyediakan khidmat Setiausaha Syarikat yang bertauliah. Bekerjasama dengan pihak Syarikat dalam memberikan khidmat nasihat, panduan dalam urusan pentadbiran selaras dengan pematuhan dan polisi yang ditetapkan oleh Akta Syarikat.


E. KHIDMAT RUNDING NASIHAT DAN LATIHAN

Menyediakan khidmat latihan dan seminar terhadap Para Pengarah, Syarikat dan Kakitangan terutamanya didalam bidang Peraturan dan Polisi entiti,Sistem Kawalan dalaman, Penstrukturan Perniagaan, Khidmat Nasihat Pengurusan dan sebagainya.