CONTACT US

CONTACT US

Thursday 18 July 2013

PENGARAH BANKRUPT DISABITKAN KESALAHAN DIBAWAH SEKSYEN 125(1) AKTA SYARIKAT 1965



Hakim Mahkamah Sesyen, Puan Nariman Binti Badruddin telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM 8,000.00 dan jikalau gagal bayar dipenjarakan selama empat (4) bulan terhadap Gunasegaran a/l Arjiman kerana melanggar Seksyen 125(1) Akta Syarikat 1965. Beliau yang diwakili oleh peguambela Encik Rajvin Charan Suri, dalam mitigasinya telah memohon kepada Mahkamah agar Gunasegaran a/l Arjiman dikenakan hukuman yang minima kerana beliau kini menganggur, beliau perlu menyara keluarganya dan mempunyai anak yang masih belajar di peringkat Universiti.

Kesalahan dibawah Seksyen 125(1) Akta Syarikat membawa hukuman maksima penjara tidak melebihi 5 tahun atau denda RM 100,000.00 atau kedua-duanya. Pendakwaan dijalankan oleh En. Adam Bin Mamat bagi pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan beliau telah menggesa Mahkamah agar menjatuhkan satu hukuman yang berat.

SSM akan meneruskan usahanya untuk memastikan pematuhan Akta Syarikat 1965 melalui penguatkuasaan berkesan serta berusaha untuk mengingatkan pengarah-pengarah dan pegawai-pegawai syarikat di Malaysia agar mematuhi keperluan Akta Syarikat 1965 dengan tegas.

DIKELUARKAN OLEH : SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)
TARIKH : 21 JUN 2013


Monday 1 July 2013

KERATAN AKHBAR - HANYA SEJUTA RAKYAT DIKLASIFIKASI PEMBAYAR CUKAI : AHMAD MASLAN

BERITA HARIAN
20 Jun 2013

CYBERJAYA: Daripada kira-kira empat juta rakyat yang mempunyai fail Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), hanya sejuta diklasifikasikan sebagai pembayar cukai, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan. 

Katanya, dari segi syarikat pula, hanya 75,000 daripada 450,000 yang ada fail di LHDN diklasifikasi pembayar cukai. 

"Jumlah itu jika dibandingkan dengan penduduk dan syarikat adalah kecil sebenarnya. Jadi ada banyak lagi runag yang boleh kita cari untuk meningkatkan hasil negara," katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja di Menara Hasil di sini hari ini. 

Dalam pada itu, beliau yakin LHDN mampu mencapai sasaran kutipan hasil RM130 bilion tahun ini berdasarkan kedudukan ekonomi semasa.