CONTACT US

CONTACT US

PAKEJ TUBUH SYARIKAT



DOKUMEN SIMPANAN ANDA



Gambar di atas merupakan dokumen yang akan anda terima apabila selesai proses penubuhan Syarikat, pihak Setiausaha Syarikat pada kebiasaanya akan menyerahkan beberapa dokumen untuk simpanan dan rujukan pihak Syarikat. Antaranya :
  • 5 salinan Memorandum dan Artikel (M & A) termasuk Borang 9 (Sijil Penubuhan Syarikat)
  • 5 salinan Borang 44 (Pejabat Berdaftar)
  • 5 salinan Borang 49 (Maklumat Pengarah, Pengurus dan Setiausaha)
  • 5 salinan Borang 24 (Maklumat Saham, Pengagihan dan Pemegang Saham)
  • Resolusi pembukaan Akaun Semasa Bank Syarikat (Bank Pilihan Anda)

Kesemua salinan dokumen tersebut akan ditandatangi dan disahkan (Certified True Copy) oleh Setiausaha Syarikat.

Sementara itu, pihak Setiausaha Syarikat akan menyimpan sebahagian dokumen anda bagi membolehkan Setiausaha Syarikat mengemaskini maklumat syarikat. Antaranya :
  • Buku Minit
  • Daftar Ahli/Pemegang Syer
  • Daftar Pengarah, Pengurus dan Setiausaha
  • Common seal
  • Buku sijil

RADZI & CO. NF 1002 (CHARTERED ACCOUNTANTS)
Tel : 06 - 677 3001, 677 5001
Facsimile : 06 -679 3001
E-mail : radziandco@yahoo.com
Website : www.radziandco.com



MOHD RADZI BIN LASIM (CA (M))
Tel : 019 -300 7730
E-mail : mr.radzi@yahoo.com


Antara Pakej Tubuh Syarikat : 

Link : Package Co.



Link : AUDIT FEE




PERINGKAT PENUBUHAN SYARIKAT : 


PERINGKAT PERTAMA


Permohonan Pencarian Nama:
Kelulusan perlu diperolehi daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Nama Syarikat yang dicadangkan perlulah mendapat kelulusan sebelum proses lain dijalankan. Nama Syarikat baru yang dicadangkan hendaklah bersesuaian dan tidak terlalu ekstrim.

Tidak boleh menggunakan nama yang dikawal seperti penggunaan nama PUTERA, MAS, NEGERI, RAJA dan sebagainya. Digalakkan juga menggunakan lebih 2 atau 3 patah perkataan.

Sebagai contoh ... Cinta Anggun Resources Sdn. Bhd. Pihak SSM juga membenarkan penggunaan Bahasa Asing tetapi perlu mendefinisikan kedalam Bahasa Malaysia atau English. Sebagai contoh ... Kappa Sigma Sdn. Bhd. (Bahasa Greek : Kappa = K dan Sigma = S).

Setiap permohonan perlu dibayar akan yuran pemprosesan nama. Oleh yang demikian dinasihatkan berhati-hati dalam pencarian nama baru Syarikat supaya mengelakkan pembaziran wang dan juga masa. Untuk makluman pihak Syarikat dibenarkan mengubah nama Syarikat pada masa akan datang nama lain sekiranya perlu.

Pada ketika ini (1 September 2010) bilangan Syarikat Sdn. Bhd. dan Berhad yang telah ditubuhkan telah mencapai angka 900,000 Syarikat dan ianya semakin berkembang dengan pesatnya.





PERINGKAT
 KEDUA

Pada peringkat ini, selepas kelulusan nama diperolehi dari pihak SSM, maka perlulah disediakan borang dan dokumen berkaitan sebelum pengeluaran Sijil Penubuhan Syarikat (Borang 9). Tempoh maksimum diberikan oleh SSM bagi melengkapkan dan menyerahsimpan dokumen berkaitan.

Antaranya :

1. Memorandum dan Artikel Syarikat (M & A). Merupakan Peraturan, Undang-undang dan Perlembagaan Syarikat. Antara pekara penting yang dinyatakan adalah :
  • Aktiviti utama Syarikat - Penyenaraian 3 aktiviti utama perniagaan
  • Jumlah Saham Dibenarkan dan Saham Dibayar (Authorised and Paid-up Capital)
  • Maklumat Pemegang Saham, Para Pengarah dan Setiausaha Syarikat Syarikat pertama
  • Sekatan terhadap jualan saham Syarikat
  • Ahli yang tidak melebihi 50 orang.

2. Borang 48A iaitu borang perlantikkan Pengarah dan Pemegang Saham - Merupakan borang pengistiharan dimana beliau tidak muflis dan tidak terbabit dan bersalah dalam kesalahan Akta Syarikat.


3. Borang 6 - Penyata Pematuhan

Kesemua borang dan dokumen yang berkaitan perlu disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah dan dimeterai dengan Duti Setem. Pada peringkat ini juga yuran pendaftaran Syarikat baru akan dibayar kepada SSM bagi membolehkan ianya diproses.



PERINGKAT TERAKHIR
Selepas kesemua borang dan dokumen diproses dan diluluskan oleh SSM, maka Sijil Penubuhan Syarikat iaitu Borang 9 dikeluarkan. Kebiasaanya proses ini menbambil masa 1 atau 2 hari. Susulan dari itu terdapat beberapa dokumen yang perlu diserah simpan kepada pihak SSM.

  • Borang 24 - Merupakan Borang Maklumat Saham yang menerangkan akan Saham Dibenarkan dan Diterbitkan dan juga maklumat Pemegang Saham
  • Borang 44 - Merupakan dokumen yang menyatakan maklumat dan kedudukan Pejabat Berdaftar Syarikat
  • Borang 49 - Merupakan dokumen yang menyatakan maklumat Para Pengarah, Pengurus dan Setiausaha Syarikat.



MESYUARAT PARA PENGARAH PERTAMA - RESOLUSI

Merupakan resolusi Syarikat apabila Sijil Penubuhan Syarikat iaitu Borang 9 telah dikeluarkan oleh SSM. Antara kandungannya adalah :
  • Menerima dan mengambilkira akan Sijil Penubuhan Syarikat, Memorandum dan Artikel Syarikat dan Cap Mohor Syarikat
  • Melantik Pengarah pertama
  • Melantik Setiausaha Syarikat pertama
  • Menentukan Alamat Berdaftar Syarikat
  • Menentukan struktur dan pengagihan saham Syarikat

Sijil saham akan dikeluarkan berpandukan kepada Resolusi Mesyuarat Pengarah Pertama.



DOKUMEN SIMPANAN ANDA

Apabila selesai proses penubuhan Syarikat, pihak Setiausaha Syarikat pada kebiasaanya akan menyerahkan beberapa dokumen untuk simpanan dan rujukan pihak Syarikat. Antaranya :
  • 5 salinan Memorandum dan Artikel (M & A)
  • 5 salinan Borang 44 (Pejabat Berdaftar)
  • 5 salinan Borang 49 (Maklumat Pengarah, Pengurus dan Setiausaha)
  • 5 salinanBorang 24 (Maklumat Saham, Pengagihan dan Pemegang Saham)
  • 5 salinan Borang 9 (Sijil Penubuhan Syarikat)
  • Resolusi pembukaan Akaun Semasa Bank Syarikat (Bank Pilihan Anda)

Kesemua salinan dokumen tersebut akan ditandatangi dan disahkan (Certified True Copy) oleh Setiausaha Syarikat.