CONTACT US

CONTACT US

Tuesday 25 June 2013

KERATAN AKHBAR - HUKUMAN AKTA CUKAI KEKAL

HMETRO
09 November 2012

KERAJAAN tidak mempunyai sebarang cadangan meminda atau memansuhkan Bahagian 8, Akta Cukai Pendapatan 1967 ketika ini untuk mengenakan hukuman munasabah terhadap individu yang gagal menjelaskan cukai pendapatan mereka kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Donald Lim Siang Chai berkata, terpulang kepada mahkamah untuk mengambil tindakan yang adil dan saksama berhubung isu kegagalan individu membayar cukai pendapatan.

“Tindakan yang dilakukan LHDN ketika ini kepada individu yang enggan membayar cukai adalah mengenakan penalti lewat bayar cukai, arahan sekatan perjalanan ke luar negara, tindakan saman ke atas pembayar cukai di mahkamah bagi tuntutan amaun tertunggak, penyitaan aset dan prosiding penangkapan.

Monday 17 June 2013

PERUBAHAN ATAU PINDAAN JENIS PERNIAGAAN YANG DIJALANKAN

PERSOALAN:-


Salam saya Iman. Saya sering kali melawat blog encik dan saya ada satu pertanyaan. Bagaimana/Bolehkan menambah jenis perniagaan kepada "SERVIS".?




JAWAPAN:-

Salam kembali.

Terima kasih kerana sudi melawat blog kami. Semoga ilmu yang ada dapat dikongsi dimanfaatkan bersama-sama.