CONTACT US

CONTACT US

Thursday 24 March 2016

PENJAWAT AWAM DIDAKWA SELINDUNG MAKLUMAT CUKAI




KLUANG: Seorang penjawat awam dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas lima pertuduhan kerana tidak memberikan maklumat betul dalam borang nyata cukai pendapatan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada tahun 2013. 

Tertuduh, Kalamullah Ali Raza, 47, didakwa memberi maklumat tidak betul kepada Ketua Pengarah LHDN dalam borang nyata cukai pendapatan tahun taksiran 2007, 2008, 2009, 2010 dan 2011 membabitkan jumlah pendapatan RM687,428. 

Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nuruhuda Mohd Yusof. 

Dia didakwa tidak melaporkan pendapatan hasil jualan daripada beberapa syarikat. Mengikut kertas pertuduhan, jumlah cukai terkurang yang harus dibayar Kalamullah sebanyak RM164,018. 

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Taman Delima di sini pada 21 Februari 2013. Bagi semua pertuduhan itu, 

Kalamullah didakwa mengikut Seksyen 113 (1) Akta Cukai Pendapatan 1967 dan disabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM1,000 serta tidak lebih RM10,000 dan penalti khas dua kali ganda daripada jumlah cukai yang terkurang. 

Pendakwaan dijalankan Peguam Kanan Hasil LHDN Norzilah Abdul Hamid. Nuruhuda kemudian memberikan tempoh sebulan bagi Kalamullah mencari peguam dan menetapkan tarikh sebutan semula kes itu pada 21 April ini.


    Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/136753