CONTACT US

CONTACT US

Saturday 28 January 2017

KERATAN AKHBAR - Akta Syarikat 2016 berkuat kuasa 31 JanuariAkta Syarikat 2016 berkuat kuasa 31 Januari

Jumaat 27 Januari 2017

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan menguatkuasakan Akta Syarikat 2016 pada 31 Januari ini bagi menggantikan Akta Syarikat 1965.
Pengerusinya, Datuk Seri Jamil Salleh, berkata akta syarikat yang diluluskan oleh Parlimen tahun lalu bakal memberikan suntikan baru ke arah pemudahcaraan menjalankan perniagaan di Malaysia.
Beliau berkata, inisiatif memodenkan kerangka perundangan korporat ini diharap dapat membudayakan semangat keusahawanan dalam kalangan masyarakat awam memandangkan terdapat pelbagai polisi yang bakal memberikan impak positif terhadap syarikat.
"Antaranya, pengenalan konsep penubuhan syarikat oleh seorang pemegang saham dan seorang pengarah adalah satu pemudahcaraan bagi memulakan perniagaan.
"Di bawah akta baharu ini, terdapat pelbagai 'deregulatory measures' yang diperkenalkan untuk membolehkan syarikat beroperasi secara lebih efisien. Sebagai contoh, mesyuarat agung tahunan tidak lagi perlu diadakan oleh syarikat persendirian, sebaliknya resolusi syarikat boleh dibuat melalui resolusi edaran sepenuhnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jamil berkata, bagi tujuan melicinkan lagi pelaksanaan Akta Syarikat ini, Peraturan-Peraturan Syarikat 2017 juga akan dikuatkuasakan pada tarikh yang sama.
Beliau berkata, peraturan itu menggariskan cara dan bagaimana syarikat membuat penyerah simpanan dokumen dengan SSM serta yuran yang berkaitan.
"SSM juga akan menguatkuasakan Akta Skim Kepentingan 2016 pada tarikh yang sama. Akta Skim Kepentingan ini adalah platform alternatif bagi pengumpulan dana oleh syarikat-syarikat melalui penawaran skim kepentingan kepada pihak awam," katanya.
Orang ramai boleh melayari laman web www.ssm.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung Akta Syarikat 2016, Peraturan-Peraturan Syarikat 2017 serta dokumen atau borang-borang yang perlu digunakan untuk tujuan penyerah simpanan dengan SSM.

- Berita Harian
https://www.google.com/amp/www.bharian.com.my/node/240746/amp

Friday 8 April 2016

KERATAN AKHBAR - KASTAM LABUAN AKAN KUTIP CUKAI LEBIH RM 800 JUTA TAHUN INI




LABUAN, 6 April (Bernama) -- Jabatan Kastam Diraja Malaysia Labuan yakin dapat mengutip lebih RM800 juta dalam pendapatan cukai tahun ini.

Pengarahnya, Wasimin Daiman berkata, ini berdasarkan prestasi tahun lepas kira-kira RM700 juta yang melebihi sasaran RM544 juta.

Menurutnya, kutipan itu tidak terjejas oleh kejatuhan aktiviti minyak dan gas kerana ia disokong pelbagai sektor lain, termasuk cukai barang dan perkhidmatan (GST).

"Sasaran sebenar kami untuk tahun ini ialah sekitar RM662 juta, tetapi kami percaya kami boleh melepasi sasaran itu sebanyak 20 peratus," katanya kepada pemberita di sini.

Wasimin berkata, untuk suku pertama 2016, jabatan itu meraih kira-kira RM198 juta.

Mengenai GST, beliau berkata, setakat ini 81 syarikat telah mendaftar dengan rejim cukai itu dan jabatan telah menyasarkan untuk mendaftar 200 lagi tahun ini.

"Sejak pelaksanaannya, 25 syarikat telah didenda RM15,000 tiap satu kerana gagal mendaftar dengan GST. Kini kami sedang menyiasat enam syarikat lagi," katanya.

-- BERNAMA

Thursday 24 March 2016

PENJAWAT AWAM DIDAKWA SELINDUNG MAKLUMAT CUKAI




KLUANG: Seorang penjawat awam dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas lima pertuduhan kerana tidak memberikan maklumat betul dalam borang nyata cukai pendapatan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada tahun 2013. 

Tertuduh, Kalamullah Ali Raza, 47, didakwa memberi maklumat tidak betul kepada Ketua Pengarah LHDN dalam borang nyata cukai pendapatan tahun taksiran 2007, 2008, 2009, 2010 dan 2011 membabitkan jumlah pendapatan RM687,428. 

Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nuruhuda Mohd Yusof. 

Dia didakwa tidak melaporkan pendapatan hasil jualan daripada beberapa syarikat. Mengikut kertas pertuduhan, jumlah cukai terkurang yang harus dibayar Kalamullah sebanyak RM164,018. 

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Taman Delima di sini pada 21 Februari 2013. Bagi semua pertuduhan itu, 

Kalamullah didakwa mengikut Seksyen 113 (1) Akta Cukai Pendapatan 1967 dan disabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM1,000 serta tidak lebih RM10,000 dan penalti khas dua kali ganda daripada jumlah cukai yang terkurang. 

Pendakwaan dijalankan Peguam Kanan Hasil LHDN Norzilah Abdul Hamid. Nuruhuda kemudian memberikan tempoh sebulan bagi Kalamullah mencari peguam dan menetapkan tarikh sebutan semula kes itu pada 21 April ini.


    Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/136753



Thursday 5 March 2015

KERATAN AKHBAR - PENYELESAIAN RUNCIT BAGI CBP NEC TERIMA SAMBUTAN MENGGALAKKAN


KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan teknologi maklumat, NEC Corp of Malaysia Sdn Bhd, menerima sambutan menggalakkan bagi sistem 'Retail-in-a-Box', penyelesaian untuk membantu peruncit mengesan jualan mereka bagi Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP).

Seorang jurucakap memberitahu Bernama hari ini syarikat itu sedang mengedar penyelesaian tersebut berdasarkan pesanan yang dibuat melalui pengedar tempatannya, Dancom.

Beliau berkata penyelesaian tersebut sesuai untuk perniagaan, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang memerlukan bantuan dengan pengiraan sistem baharu itu dan kaedah untuk memasukkan CBP yang akan dilaksanakan mulai 1 April ini.

Friday 13 February 2015

KERATAN AKHBAR - SYARIKAT PERUNCITAN TIDAK DAFTAR GST

UTUSAN 

KUALA LUMPUR 13 Feb. - Sektor peruncitan antara dikenal pasti sebagai paling banyak tidak berdaftar di bawah sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan bermula 1 April ini.

Pengarah GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk T. Subromaniam berkata, semua syarikat yang masih tidak berdaftar perlu menggunakan tempoh diberikan sebaik mungkin sebelum tindakan tegas diambil terhadap syarikat berke­naan.


Menurut beliau, selain daripada bidang peruncitan, sektor yang turut dikenal pasti mempunyai syarikat paling banyak tidak berdaftar adalah sektor perkhidmatan yang menyediakan kepakaran, kemahiran, tenaga dan juga pengalaman kepada individu atau masyarakat.