CONTACT US

CONTACT US

Friday 18 January 2013

PERNIAGAAN DAN SYARIKAT

Soalan 1 

- Apa perbezaan syarikat penubuhan berbentuk “Group” dan yang lain? Cth: “XXXX Group”.

Jawapan : 

- Bentuk entiti perniagaan yang banyak dilakukan masa ini adalah secara perniagaan "enteprise" dan Syarikat Sdn. Bhd. Mungkin yang Cik maksudkan dengan group adalah Syarikat Sdn. Bhd. 

a) Perniagaan "enterprise" boleh dijalankan secara perseorangan atau perkongsian. Aset dan liabiliti ditanggung oleh pemilik. 

b) Syarikat Sdn. Bhd. (Minimum bilangan pemegang saham 2 orang dan boleh lebih daripada 2 orang) Syarikat dan pemegang saham adalah entiti yang berbeza. Dari segi liabiliti tanggungan oleh pemegang saham adalah terhad kepada jumlah saham yang dipegang. 

Thursday 10 January 2013

MODAL SAHAM, CUKAI, MOF

Soalan :-

Saya masih tidak faham perbezaan antara Authorised Capital dan Paid up Capital. Boleh tuan terangkan maksud dan fungsi dalam pendaftaran dan berapa nilai min dan maksimun yang bagi nilai kedua-dua tersebut.

Jawapan :- 

- Authorised capital - "modal dibenarkan" adalah satu tetapan had bagi modal saham sesebuah Syarikat yang bakal ditubuhkan.

- Kebiasaan Syarikat yang baru ditubuhkan menetapkan modal dibenarkan RM100,000. Nak buat lebih pun boleh.

-Jika bidang perniaagaan yang dijalankan memerlukan lesen2 daripada goverment yang mana mungkin menentapkan sesuatu syarat bagi had authorised capital bagi membolehkan lesen berkaitan dipohon, kenalah buat berdasarkan syarat2 tersebut.