CONTACT US

CONTACT US

Wednesday 28 November 2012

PENUBUHAN SYARIKAT - MODAL SAHAM SYARIKAT


Soalan : 
Modal dibenarkan "Autorised Capital" kalau nak tetapkan 1 Juta, berapa yang kena bayar pada syarikat Encik, dan Modal berbayar "Paid Up-Capital" boleh remain RM10,000 atau x?

Jawapan : 
- Jika nak terus buat modal dibenarkan 1 Juta, kos kami adalah RM6,500.00 (tidak termasuk  yuran bulanan bagi Setiausaha Syarikat).
- Macam yang saya bagi tahu sebelum ini, paling minimum adalah RM2. Kalau nak buat RM10,000 pun boleh, tiada masalah. Jika selepas itu hendak membuat penambahan pada modal berbayar pun boleh (ada kos dicaj ke atas dokumen-dokumen yang perlu disediakan kelak).

Friday 16 November 2012

PROSES PENUBUHAN SYARIKAT

Soalan:-

Saya nak tanya, apa pendapat Tuan untuk tindakan pertama bagi pembukaan Syarikat Sdn. Bhd. ni selepas carian nama dah selesai?

Jawapan:-

Carian nama Syarikat (melalui Borang 13A) yang telah diluluskan oleh SSM hanya akan dirizabkan bagi tempoh 3 bulan sahaja. 


Maka dalam tempoh tersebut, proses penubuhan perlu dilakukan dengan menghantar dokumen seperti Borang 48A, Borang 6, Memorandum dan Artikel berserta yuran pendaftaran kepada SSM (proses ini akan membolehkan pihak SSM meluluskan penubuhan Syarikat tersebut dengan mengeluarkan sijil / borang 9 (sijil penubuhan).

Seterusnya menyerahsimpan kepada SSM Borang 24, Borang 44 dan Borang 49 (dalam tempoh sebulan selepas penubuhan). 

Syarikat sudah boleh beroperasi.