CONTACT US

CONTACT US

Wednesday 26 November 2014

PERNIAGAAN PERKONGSIAN KEPADA SYARIKAT SDN. BHD.

Soalan :

Pertanyaan Anda Mengenai Perniagaan? Assalamualaikum...Sy mempunyai perniagaan perkongsian dgn 6 pemilik. Pendapatan yg dikenakan cukai RM600000 dan cukai dibayar secara perseorangan. Soalan sy..Adakah berbaloi sy bertukar kpd sdn bhd dgn jumlah pemilik yg ramai.

Jawapan

Berkenaan dengan persoalan Puan itu, secaranya asasnya ianya bergantung pada keselesaan Puan dalam menjalankan perniagaan dan berkongsi keuntungan secara bersama.

  • Selain itu, ianya juga mengikut perancangan dan objektif Puan sendiri samada untuk menjalankan perniagaan tersebut untuk jangkamasa yang panjang atau tidak.
  • Perniagaan Perkongsian dan Syarikat Sdn. Bhd. mempunyai perbezaan antara satu sama lain dan juga mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing boleh rujuk pada blog kami yang lain.
  • Secara ringkas antara perbezaan adalah;

    1. Syarikat Sdn. Bhd. tertakhluk pada Akta Syarikat 1965, manakala Perniagaan Perkongsian tertahluk pada Akta Perkongsian 1961.
    2. Syarikat dan pemegang saham adalah entiti yang berbeza dan perniagaan perkongsian adalah berkaitan antara satu sama lain.
    3. Dari segi percukaian, segala keuntungan bersih bagi Syarikat Sdn. Bhd. ianya akan dicukai ke atas Syarikat sahaja. Manakala cukai Perniagaan Perkongsian pula akan jatuh ke atas setiap penkongsi mengikut yang berikut:
                 a. Sekiranya ada membuat perjanjian pengkosian, maka pembahagian  
                     keuntungan tersebut akan mengikut kepada perjanjian.
                 b. Sekiranya tiada perjanjian dibuat, maka keuntungan akan 
                     dibahagikan samarata antara penkongsi.

  • Manakala dari segi pengurusan perniagaan, sekiranya Puan menukar perniagaan perkongsian kepada Syarikat Sdn. Bhd., segala urusan pentadbiran dan operasi Syarikat akan dilaksanakan oleh para Pengarah yang dilantik oleh Syarikat. Pemegang saham tidak mempunyai kuasa dalam menentukan pentadbiran operasi Syarikat.
  • Tetapi kelebihan Syarikat Sdn. Bhd. berbanding Perniagaan Perkongsian ialah dari segi system pengurusan dimana ianya lebih teratur dan terjaga.
  • Syarikat Sdn. Bhd. perlu setiap tahun mengaudit akaun Syarikat, mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan, serahsimpan penyata kewangan dan penyata tahun, percukaian Syarikat dan ianya melibatkan kos yang besar. Perniagaan Perkongsian pula hanya melibatkan penyedian akaun dan taksiran cukai individu ke atas untung yang diperolehi.