CONTACT US

CONTACT US

Friday 8 April 2016

KERATAN AKHBAR - KASTAM LABUAN AKAN KUTIP CUKAI LEBIH RM 800 JUTA TAHUN INI




LABUAN, 6 April (Bernama) -- Jabatan Kastam Diraja Malaysia Labuan yakin dapat mengutip lebih RM800 juta dalam pendapatan cukai tahun ini.

Pengarahnya, Wasimin Daiman berkata, ini berdasarkan prestasi tahun lepas kira-kira RM700 juta yang melebihi sasaran RM544 juta.

Menurutnya, kutipan itu tidak terjejas oleh kejatuhan aktiviti minyak dan gas kerana ia disokong pelbagai sektor lain, termasuk cukai barang dan perkhidmatan (GST).

"Sasaran sebenar kami untuk tahun ini ialah sekitar RM662 juta, tetapi kami percaya kami boleh melepasi sasaran itu sebanyak 20 peratus," katanya kepada pemberita di sini.

Wasimin berkata, untuk suku pertama 2016, jabatan itu meraih kira-kira RM198 juta.

Mengenai GST, beliau berkata, setakat ini 81 syarikat telah mendaftar dengan rejim cukai itu dan jabatan telah menyasarkan untuk mendaftar 200 lagi tahun ini.

"Sejak pelaksanaannya, 25 syarikat telah didenda RM15,000 tiap satu kerana gagal mendaftar dengan GST. Kini kami sedang menyiasat enam syarikat lagi," katanya.

-- BERNAMA