CONTACT US

CONTACT US

Saturday, 1 October 2011

CUKAI : CUKAI KOPERASI TINGGI

noh2

Cukai Pendapatan Koperasi Mungkin Dikurang Akhbar :

22 Feb - Cukai Pendapatan Koperasi Mungkin Dikurang

KUALA LUMPUR: Kerajaan dijangka menimbangkan cadangan pengurangan kadar maksimum cukai pendapatan koperasi, lebih rendah daripada cukai syarikat korporat yang ditetapkan sebanyak 25 peratus. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar, berkata Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengenakan cukai kepada koperasi antara 0 dan 28 peratus

GANJARAN PENGARAH

SOALAN :

Assalmkm En Radzi

Saya xxx, dari Sabah, ingin bertanya,
1) Adakah pengarah syarikat (bukan eksekutif) layak untuk dapatkan subsistence allowance?
2) Adakah pengerusi syarikat dan timbalan pengerusi syarikat (both non-executives) layak mendapat meeting allowance on top of their monthly fixed allowance of RM5,000.00 and RM3,000.00.

Saya berharap En Radzi dapat membantu , saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian dan wasalam



JAWAPAN :

Salam,

Persoalan Tuan adalah merujuk kepada allowance .... layak atau tak layak. Disini kita hendaklah melihat akan polisi dan peraturan2 Syarikat. Untuk makluman ...Gaji, Elaun, Ganjaran dan juga benefits untuk Pengarah telah ditetapkan ... samada dalam bentuk polisi mahupun peraturan2 ... kesemuanya direkodkan. Tuan boleh merujuk akan pekara tersebut.

Untuk makluman Ganjaran Pengarah, pada kebiasaanya akan ditetapkan didalam mesyuarat AGM .... namum begitu bagi Syarikat2 kecil pekara ini tidak menimbulkan isu ... malah tiada ketetapan dibuat (lebih merupakan Syarikat kecil dan famili business) ... namum masih juga perlu kelulusan pihak Pemegang Saham. Bagi Syarikat2 besar, pekara ini selalunya dinyatakan secara rasmi melalui mesyuarat Para Pengarah mahupun Mesyuarat Agung Tahunan.(ikut kesesuaian).

Oleh yg demikian .... ketetapan bagi setiap Syarikat adalah berbeza2 ... kerana ianya merupakan polisi dan peraturan Syraikat itu sendiri.

Oleh itu, persoalan Tuan hendak merujuk kepada peratauran dan polisi Syarikat itu sendiri yg telah ditetapkan. Sekiranya tiada dinasihatkan supaya ditetapkan didalam mesyuarat bagi mengelakkan masalah kemudian hari.

Di dalam Akta Syarikat tidak menyebutkan bahawa pihak Syarikat wajib membayar akan Ganjaran Pengarah. Pada kebiasanya Ganjaran Pengarah ditetapkan oleh Pemegang Saham.

p/s: harap ini membantu

PEMBAYARAN KEUNTUNGAN SYKT. SDN. BHD.

Quote:
En Radzi,
Saya nak tanya berkenaan syarikat sdn bhd ni..macam mana cara pembahagian keuntungannya...adakah berdasarkan pegangan syer atau berdasarkn sumbangan modal. Masalah kami ni..sumbangan modal berdasarkan perbelanjaan yang perlu dan sapa yang sanggup bayar..kemudian kami tak ada buat perjanjian macam mana pembahagian keuntungan/kerugian, Harap En Radzi..tolong mcm mana nak buat..cuma yang ada ialah pegangan syer je.

PERTANYAAN : PERTUBUHAN DAN SYARIKAT - KAWALAN

Salam,

saya cuba menerangkannya ...
Quote:
Salam semua..
Pada saudara md radzi... saya ade sedikit soalan berkaitan persatuan keluarga dengan perniagaan... mana sy boleh dapatkan info mengenainya? dan ade lagi soalan dari saya kalau saudara md radzi sudi membalas..

1. adakah persatuan sama struktur dengan syarikat?.. bermakna adakah persatuan boleh menubuhkan 1 syarikat yg dimiliki oleh persatuan tersebut? (persatua keluarga)

PERTANYAAN - AUDIT & MESYUARAT AGUNG TAHUNAN


From: xxx 
To: mr.radzi@ymail.com
Sent: Jul
y 13, 2010
salam en radzi,
saya baru sahaja tmat pengajian dan tlh bekerja selama sebulan dlm sebuah syarikat sdn bhd.saya ada beberapa kekeliruan dan harap encik dapat beri tunjuk ajar.
saya ditugaskan untuk menyediakan akaun, untuk makluman tuan syarikat ditubuhkan pada 2007 dah telah buat 18 bulan audit pertama berakir 31 jan 2009.bagaimana dengan annual return syarikat dan bolehkah saya memilih untuk membuat akaun seterusnya pada 1 feb 2009-31 jan 2010.

PERTANYAAN : PENGARAH















Salam Tuan,

1. Saya hanya membantu apa yg terdaya sahaja.
2. Strategi Perlantikan dalam Perniagaan

Apabila sesuatu perniagaan Sdn. Bhd., maka penganjur penubuhan Sykt Sdn. Bhd. telah menetapkan :
  1. Siapa Pemegang Saham
  2. Siapa Para Pengarah
  3. Aktiviti Perniagaan Dijalankan

ARTIKEL : SYARIKAT STATUS PN17 BERTAMBAH






Penambahan syarikat PN17 belum membimbangkan
Oleh Shahrizan Salian

Peningkatan sehingga tiga kali ganda bilangan syarikat berstatus PN17 di Bursa Malaysia tahun ini berbanding tahun lalu belum lagi membimbangkan kerana Malaysia baru saja keluar daripada kelembapan ekonomi.


Ketua Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Yusli Mohamed Yusoff, berkata peningkatan bilangan syarikat yang berdepan tekanan kewangan adalah normal bagi sesebuah ekonomi yang baru keluar daripada kemelesetan.

TANGGUNGJAWAB & PERANAN PEMILIK TUNGGAL (ENTERPRISE) & PERKONGSIAN











Quote:
Salam,
Nak tanya mcm ne yang company bayar cukai tu ek.. Bulan 12 ni nak renew lesen di SSM..so mmg kena g bayar cukai ke.. Macam mana kiraan di buat & berapa % kita kena bayar.. Harap bro radzi dapat bantu sye

PERMOHONAN FIRMA AUDIT BATAL SAMAN RM100j MIED DITOLAK


KUALA LUMPUR 20 Dis. – Sebuah firma audit hari ini gagal membatalkan saman RM100 juta oleh Maju Institute of Education Development (MIED) terhadapnya dan pengerusi institusi itu, Datuk Seri S. Samy Vellu serta tujuh pemegang amanah MIED berhubung dakwaan melakukan penyelewengan sehingga menyebabkan kerugian.

PEMEGANG SAHAM DAN PENGARAH SYARIKAT SDN. BHD.


Salam,

Soalan yg menarik .... dan saya uploadkan ke salah satu blog saya http://ca2advisor.blogspot.com ... untuk rujukan dan bacaan bersama.

1. Adakah AGM wajib dilakukan setiap tahun. Jika wajib dan jika dilakukan tanpa pengetahuan PS, adakah beliau telah dgn sengajanya menurunkan tandatangan2 PS sykt utk menyatakan "kedatangan" PS? Jika ini berlaku, apa tindakan yg blh dikenakan?

Ya. ... memang wajib. Dan ianya perlu dimaklumkan kepada kesemua Pemegang Saham. Menurut Undang2 Syarikat, notis Mesyuarat Agung perlulah diserahkan sekurang2nya 14 hari dari tarikh mesyuarat. Minit mesyuarat pula perlu ditandatangi sekurang-kurangnya 2 Pemegang Saham yang mempunyai kuasa mengundi lebih dari 10%.

PENUBUHAN SYARIKAT SDN. BHD. OLEH PENJAWAT AWAM


From: xxx@gmail.com>
To: mr.radzi@yahoo.com
Sent: Friday, August 19, 2011 3:26 PM
Subject: Penubuhan syarikat oleh Kakitangan Kerajaan 


Salam bahagia,

1. Bolehkah kakitangan kerajaan kumpulan A menubuhkan syarikat sdn bhd bersama rakan-rakan yang juga kakitangan kerajaan?
sekiranya boleh, apakah syarat-syarat yang akan dikenakan?

2. berapakah jumlah modal yang perlu untuk menubuhkan syarikat sdn bhd?

3. berapa pula pengagihan syer saham setiap rakan kongsi itu?

4. sekiranya kakitangn kerajaan tak boleh menubuhkan syarikat sdn bhd, bolehkah syarikat ditubuhkan atas nama orang lain seperti adik beradik, saudara mara yang akan menjalankan operasi syarikat, tetapi kakitangan kerajaan menjadi salah seorang pelabur atau pemegang sahamnya. terima kasih


JAWAPAN :


PENGAMBILALIHAN SYARIKAT - KELEBIHAN & KEKURANGAN


From: xxx@ymail.com
To: mr.radzi@ymail.com
Sent: Thursday, September 1, 2011 4:36 PM
Subject: Beli company 2nd hand 

Salam tuan radzi,

Saya xxx yg pagi td sms tuan tanya ttg company utk dijual..sy ade beberapa prkara nk tnya tuan, harap tuan sudi bg pencerahan.

1. Pada pndpt tuan radzi, elok ke tak sy ambil company mcm ni bg tujuan nk dapatkn usia company tersebut?

2. Selain usia syarikat, apa lg faedah lain yg ada pada syarikat yg dh lama didaftarkan?

3. Apakah prkara yg boleh saya ubah/pinda pada company yg sy akn ambil alih nnti?

Trima kasih tuan.

PEMILIHAN SYARIKAT SDN. BHD. atau MILIKKAN TUNGGAL (ENTERPRISE)


From: xxx@yahoo.com> 
To: "mr.radzi@yahoo.com"Sent: Wednesday, September 14, 2011 8:36 PM 
Subject: syarikat baru
 

Salam
Saya ada banyak persoalan biar saya mulakan dengan mengenalkan diri saya, saya berkerja sebagai jurutera dalam sebuah syarikat swasta.

Saya baru sahaja lulus perperiksaan profesional dan kini telah register sebagai jurutera profesional.

Saya bercadang untuk membuka FIRMA PERUNDING sendiri bersama kawan saya. Kami tidak bercadang untuk berhenti dari kerja kami sekarang sehingga kami memperolehi PROJEK yang melayakkan kami berhenti. Dalam SITUASI KAMI INI apakah jenis syarikat yang sesuai untuk kami ENTERPRISE atau SDN BHD? 

PEMBUBARAN SYARIKAT SDN. BHD.


From: xxxl@gmail.com
To: mr.radzi@yahoo.com
Sent: Thursday, September 29, 2011 6:21 PM
Subject: mohon bantuan dan penerangan dengan lebih lanjut dari tuan...
Salam Tuan,
Mohon bantuan dan kepakaran dari tuan untuk menyelesaikan masalah yang saya hadapi ini yang amat memeningkan kepala saya ketika ini.

Untuk pengetahuan tuan Radzi, saya kini bekerja di bank xxx di xxx. baru-baru ini saya telah menerima surat tunjuk sebab dari pihak HR mengenai penglibatan saya dalam syarikat sdn bhd dan memberikan saya 14 hari untuk menberi maklum balas sebelum tindakan tatatertib dilakukan.

Untuk pengetahuan tuan Radzi, Penglibatan saya di dalam syarikat Sdn Bhd tersebut disebabkan ketika itu saya telah ditipu oleh bapa saudara saya dengan untuk menjadi pengarah bagi melobi sebuah projek . saya telah berjumpa dengan bapa saudara saya 2 hari lepas untuk keluar dari syarikat tersebut. saya telah dimaklumkan bahawa syarikat tersebut sudah tidak aktif lagi semenjak tahun 2009. dan diberitahu telah dikenakan tindakan (denda).