1. Saya hanya membantu apa yg terdaya sahaja.
2. Strategi Perlantikan dalam Perniagaan
Apabila sesuatu perniagaan Sdn. Bhd., maka penganjur penubuhan Sykt Sdn. Bhd. telah menetapkan :
... kesemuanya ini termaktub dalam M & A syarikat dan juga dalam First Board Meeting (Mesyuarat Pengarah Pertama).
Pada kebiasaanya ... para Pemegang Saham (pada peringkat awal) telah memutuskan untuk melantik Para Pengarah ... samada mereka sendiri mahupun orang lain. Maka mereka yg dilantik sebagai Pengarah ... secara dasarnya akan melaksanakan dan menunaikan tanggungjawab mereka seperti yg telah diputuskan dalam First Board Meeting (Bagi situasi Syarikat Sdn. Bhd. yg baru ditubuhkan).
Bagi Syarikat yg telah lama beroperasi ... Para Pengarah akan melaksanakan tanggungjawab mereka dalam merealisasikan Objektif Syarikat. Halatuju Syarikat ... pada kebiasaanya akan dibincangkan bersama dengan Pemegang Saham dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM).
Board of Directors (Para Pengarah)... mempunyai kuasa untuk melantik Pengarah Baru atau Pengurus ... sekiranya mereka merasakan memerlukan. Kesemuanya bergantung kepada hasil keputusan BOD (Board Of Directors) dan juga Para Pemegang Saham. Oleh yg demikian BOD ... haruslah menilai akan kesesuaian dan kepentingan sesuatu perlantikkan. Pihak Pemegang Saham tidak boleh mencampuri urusan Para Pengarah ... selagi BOD mematuhi akan peraturan dan Akta yg telah ditetapkan.
Tubuh Syarikat dahulu ... dan baru merancang aktiviti Syarikat ... ada juga berbuat demikian. Pengambilan pekerja oleh Human Resources syarikat ... pada kebiasaanya bergantung kepada keperluan Syarikat tersebut bagi melaksanakan sesuatu kerja. Bila wujudnya keperluan ... maka akan wujudnya permintaan.
Bagi keperluan perlantikkan Pengarah2 lain (selain dari Pengarah Asal semasa penubuhan bagi Syarikat baru)... kesemuanya bergantung kepada BOD dan juga Pemegang Saham Syarikat. Tiada turutan yg ditetapkan oleh Akta bagi melantik Pengarah2 yg lain ... seperti Pengarah Kewangan atau Pengarah Operasi.
Sebagai contoh ... Syarikat ingin menjalankan sesuatu Projek yg penting ... pada kebiasaanya BOD akan melantik Pengarah Projek ataupun Pengurus Projek. Sekiranya dari sudut kewangan syarikat pula ... pihak syarikat masih boleh mengawal akan kewangan ... mungin BOD merasakan tidak perlu untuk melantik Pengarah Kewangan ... mungkin cuma setakat melantik Pengurus Kewangan. ... maka kesemuanya adalah mengikut kesesuaian dan keputusan BOD tadi.
p/s: ... harap ini membantu
Quote:
Originally Posted by encikz Salam en Radzi, Terima kasih kerana menjawab posting-posting disini. Saya ingin bertanye sedikit. Selalunya, apakah strategi dari segi pengambilan pekerja oleh Human Resource syarikat untuk syarikat sendirian berhad? Soalan ini saya tanye kerana kadang-kadang strategi perniagaan yang sesetengah orang buat ialah tubuhkan syarikat sdn bhd dulu, kemudian baru cari bisnes. Katakan bila kita mendaftar syarikat sdn bhd, kita sudah ada 2 orang pengarah dan dari situ kita lantik 1 orang Pengarah Urusan. Apa lantikan yang berikutnya mengikut turutan kepentingan supaya syarikat kita itu lebih tersusun dan dapat memenuhi keperluan sebuah syarikat sdn bhd? Contohnya:- Adakah perlu melantik Pengurus Operasi terlebih dahulu atau Pengurus Kewangan terlebih dahulu? Atau Pengurus Marketing, Setiausaha atau etc? |