CONTACT US

CONTACT US

Saturday, 1 October 2011

PERTANYAAN - AUDIT & MESYUARAT AGUNG TAHUNAN


From: xxx 
To: mr.radzi@ymail.com
Sent: Jul
y 13, 2010
salam en radzi,
saya baru sahaja tmat pengajian dan tlh bekerja selama sebulan dlm sebuah syarikat sdn bhd.saya ada beberapa kekeliruan dan harap encik dapat beri tunjuk ajar.
saya ditugaskan untuk menyediakan akaun, untuk makluman tuan syarikat ditubuhkan pada 2007 dah telah buat 18 bulan audit pertama berakir 31 jan 2009.bagaimana dengan annual return syarikat dan bolehkah saya memilih untuk membuat akaun seterusnya pada 1 feb 2009-31 jan 2010.

terima kasih
Jawapan :
Salam,
1. Pekara dan hal ehwal mengenai Annual Return ... akan dilakukan oleh Setiausaha Syarikat. Mereka akan bertanggungjawab untuk menyediakannyacuma soalan ini agak kurang jelas. Bagi tahun pertama memang Akta membenarkan Akaun Syarikat boleh ditutup tidak melebihi 18 bulan dan tahun seterusnya tidak boleh melebihi 12 bulan.
Sekiranya Tarikh perakaunan adalah 18 bulan dari tarikh penubuhan ... bilakah masa untuk membuat AGM dan seterusnya Annual Return. Menurut Akta Syarikat juga membenarkan tarikh maksimum unutk membuat AGM dan Annual Return adalah 18 bulan juga.

Disini isu tarikh maksimum telah bertindih. Kedua2 Akuan(Audit) dan Annual Return adalah sama, sedangkan untuk mengadakan Annual General Meeting (AGM) memerlukan notis sekurangnya 14 hari dari tarikh AGM tersebut. Antara tujuan AGM adalah untuk membentangkan Audited Accounts.



Oleh yg demikian, Setiausaha Syarikat seharusnya akan maklum dan berhati2 dengan pekara ini. Ini adalah tanggungjawab mereka.
2. Akaun seterusnya boleh dibuat seperti dicadangkan. Dalam Akta Syarikat bagi tahun selepasnya, ianya harus tidak melebihi 12 bulan (atau kurang).
Semoga ini membantu

Radzi.
CA(M)