CONTACT US

CONTACT US

Saturday 4 February 2012

ELAUN PENGARAH & DIVIDEN


SOALAN:
Salam tuan radzi,

Saya ada beberapa soalan,

1. Apakah maksud elaun kedatangan pengarah & elaun mesyuarat? siapakah yg layak menerimanya? adakah elaun ini dikenakan tax, epf, serta socso?

2. Jikalau pengarah syarikat diberikan kereta, pengarah tersebut perlu byr tax utk kereta tu kan? boleh terangkan? saya tak berapa faham. dan berapa pula jumlah tax tersebut? boleh berikan contoh?

3. Bagaimanakah caranya utk syarikat ,mengishtiharkan dividen? contoh jika syarikat membuat keuntungan sebyk 400k, berapakah nilai dividen? ada formula tertentu ke perlu kita pakai? boleh tak tuan terangkan?

sorry byk sgt soalan... 

JAWAPAN :

Salam Tuan,

Quote:
1. apakah maksud elaun kedatangan pengarah & elaun mesyuarat? siapakah yg layak menerimanya? adakah elaun ini dikenakan tax, epf, serta socso?

Merupakan elaun yg diberikan ke atas kehadiran sesuatu mesyuarat. Elaun kedatangan Pengarah ... mengikut jenis elaun yg dibayar ... samada bagi mesyuarat Pengarah atau kedatangan sesuatu pekara.

Pihak Syarikat yg memutuskan samada terdapat elaun yang perlu dibayar dan tiada undang2 yg menetapkan bahawa elaun-elaun ini perlu dibayar. Ini adalah atas dasar keperihatinan Syarikat.

Pada kebiasaanya mereka yg dijemput bagi sesuatu Mesyuarat atau pekara yg layak dapat ... tanpa mengira sebarang jawatan.

Cukai : Bagi Pengarah yg bekerja, pendapatan elaun tersebut akan dikira sebagai pendapatan mereka dan seterusnya akan ditaksiran setiap tahun. Namun bagi bukan pekerja seperti Pemegang Saham atau orang luar ... maaf tidak dapat dipastikan. Namun sekiranya amaun yg terlibat besar, dinasihatkan agar mendapat jawapan pasti dari LHDN. Terdapat Seksyen 4(f) ... iaitu lain2 Pendapatan ... yang perlu diistiharkan.

EPF & SOCSO : Sekiranya adalah Pengarah yg berkerja, maka pendapatan tersebut perlu dikenakan potongan. Namun berdasarkan maklumat dari EPF, elauan mesyuarat tidak dikenakan potongan.

Isu disini ... amaun yg terlibat ... sekiranya elaun mesyuarat tersebut RM50 ke RM100 (seperti kebanyakkan Syarikat) .... mungkin tidak menimbulkan isu yg besar. Namun bagi elaun mesyuarat RM25,000 sebulan (Pengarah bekerja) ... ianya sesuatu yg material dan perlu diambil kira.


Quote:
2. jikalau pengarah syarikat diberikan kereta, pengarah tersebut perlu byr tax utk kereta tu kan? boleh terangkan? saya tak berapa faham. dan berapa pula jumlah tax tersebut? boleh berikan contoh?
Ini dinamakan B.I.K. (Benefit In Kind) ... atau Nilai Manfaat. Ianya termasuk juga penyediaan Rumah, Pemandu, dsb oleh pihak Syarikat. Pihak Syarikat yg membayar akan kos2 yg terlibat.

Nilai manfaat ini (BIK) dinilai melalui Jadual2 yg ditetapkan. Tuan boleh melihat dalam Borang E atau lebih mudah Tuan boleh ke website LHDN. Nilai2 ini berbeza2 ... seperti contoh kereta yg disediakan.

Nilai tersebut akan dimasukkan kedalam Borang E Tuan dan menjadi sebahagian dari jumlah pendapatan.


Quote:
3. bagaimanakah caranya utk syarikat ,mengishtiharkan dividen? contoh jika syarikat membuat keuntungan sebyk 400k, berapakah nilai dividen? ada formula tertentu ke perlu kita pakai? boleh tak tuan terangkan?
Dividen ... keputusan bagi mengistihar Dividen adalah kuasa pihak pengurusan (Syarikat). Dividen diistiharkan apabila terdapat keuntungan di dalam perniagaan.

Dividen dibayar kepada Pemegang Saham sahaja. Nilai Dividen adalah bergantung kepada pihak Syarikat. Ada yg mengistiharkan 5%,10%,20%,40% ... ini adalah mengikut kemampuan Syarikat itu sendiri. Terdapat beberapa peraturan dan undang2 yg perlu dipatuhi.

Amat jarang bagi Syarikat yg bersiz sederhana dan kecil mengistihar Dividen. Berdasarkan kepada Single Tier Sistem (STS), amaun Dividen yg diterima ketika ini adalah bersih dan tidak akan dikenakan cukai lagi. Berbanding dengan sistem dahulu, penerima dividen perlu mengira akan dividen kasar dan melaraskan semula.

Bagi Syarikat yg mempunyai baki kredit Sek. 108, mereka mempunyai sehingga 31 Disember 2012 menggunakan akan Akaun ini.Sila rujuk Tax Agen anda bagi mengetahui status Syarikat anda.

Ada ketika penerimaan Dividen ini menguntungkan dan ada ketika ianya akan menambah akan nilai cukai anda.

p/s: harap ini membantu.