CONTACT US

CONTACT US

Sunday, 5 February 2012

MEMECAT PEMEGANG SAHAM (SHAREHOLDERS)


From: xxx@yahoo.com
Sent: Tuesday, December 20, 2011 10:14 AM
Subject: pertanyaan


Salam,
Saya telah dilantik sebagi ahli lembaga pengarah sebuah syarikat sdn.bhd...sy tidak ada pengalaman sebagai ahli lembaga dan telah membeli sedikit saham..sy berminat utk tahu dgn lbh lanjut ttg kelebihan sebagai ahli lembaga ni setelah membaca dalam blog ini.

1) Adakah ahli lembaga layak menerima elaun bulanan jika bukan sebagai staff di syarikat tersebut? 
2) Bagaimana pula jika ahli lembaga yg jg sebagai staff di syarikat? apakah perbezaan dgn lembaga yg bkn staff?
3) Baru-baru ini, CEO saya pernah berkata sekiranya kami sbg BOD tidak bekerja dgn company dia nk lucutkan hak kami sbg pemegang syer.sedangkan ada ramai pemegang syer yg bkn BOD...adakah dia boleh berbuat sedemikian? sedangkan kami dah bayar syer itu.
4) Sekiranya dia letak syarat tu dlm perjanjian nanti? adakah kami berhak menolak syarat sebegitu?

Terima Kasih.

JAWAPAN :

Salam,

1. Tidak wajib bayar elaun. Tiada dalam akta yg mengatakan perlunya membayar elaun atau ganjaran kepada Pengarah. Pembayaran hanya dilakukan atas keputusan pihak Syarikat.

2. Staff ... Ini dinamakan sebagai Working Director ... so sebagai pekerja sepenuh masa ... mereka akan dibayar gaji ... macam pekerja biasa.

Tanggungjawab Pengarah .. amatlah besar dan luas. Perlu memahami akan Peranan dan Tanggungjawab secara betul.
3. Sekiranya anda adalah Pemegang Saham, tiada apa atau undang2 yg boleh memaksa Pemegang Saham melepaskan Saham mereka pada ke adaan biasa. Tak boleh paksa dan ini adalah hak mutlak pemegang saham.

4. Perjanjian ... apa2 perjanjian tidak boleh berlawanan dengan Akta Syarikat. Sila fahami perjanjian tersebut dan rujuk kepada Setiausaha Syarikat tersebut. Minta akan pandangan profesional dari beliau dan minta beliau jangan berat sebelah terhadap perjanjian tersebut.
 
Terima kasih.

p/s: ... semoga ini membantu.

RADZI