Modal dibenarkan "Autorised Capital" kalau nak tetapkan 1 Juta, berapa yang kena bayar pada syarikat Encik, dan Modal berbayar "Paid Up-Capital" boleh remain RM10,000 atau x?
Jawapan :
- Jika nak terus buat modal dibenarkan 1 Juta, kos kami adalah RM6,500.00 (tidak termasuk yuran bulanan bagi Setiausaha Syarikat).
- Macam yang saya bagi tahu sebelum ini, paling minimum adalah RM2. Kalau nak buat RM10,000 pun boleh, tiada masalah. Jika selepas itu hendak membuat penambahan pada modal berbayar pun boleh (ada kos dicaj ke atas dokumen-dokumen yang perlu disediakan kelak).
Soalan :
Jika sekarang ambil modal dibenarkan RM 100,000, next time boleh tambah lagi x nilainya? dan ada x masa menunggu tertentu yang diperlukan setelah register RM 100,000 untuk tambah lagi nilai modal dibenarkan tersebut.
Jawapan :
- Jika mula-mula nak buat modal dibenarkan RM100,000 sahaja, dan kemudiannya bercadang untuk buat penambahan pun boleh (untuk penambahan modal dibenarkan akan dicaj
ke atas dokumen-dokumen yang perlu disediakan kelak termasuk fee yg perlu dibayar kepada SSM).
- Katalah penubuhan dilakukan dengan modal dibenarkan RM100,000 dan diluluskan, kemudian bercadang membuat tambahanan ke atas modal dibenarkan, Syarikat perlu mengadakan Mesyuarat Agung Luarbiasa (EGM). "EGM" dapat dilakukan selepas 21 hari notis mesyuarat dihantar.