CONTACT US

CONTACT US

Friday 16 November 2012

PROSES PENUBUHAN SYARIKAT

Soalan:-

Saya nak tanya, apa pendapat Tuan untuk tindakan pertama bagi pembukaan Syarikat Sdn. Bhd. ni selepas carian nama dah selesai?

Jawapan:-

Carian nama Syarikat (melalui Borang 13A) yang telah diluluskan oleh SSM hanya akan dirizabkan bagi tempoh 3 bulan sahaja. 


Maka dalam tempoh tersebut, proses penubuhan perlu dilakukan dengan menghantar dokumen seperti Borang 48A, Borang 6, Memorandum dan Artikel berserta yuran pendaftaran kepada SSM (proses ini akan membolehkan pihak SSM meluluskan penubuhan Syarikat tersebut dengan mengeluarkan sijil / borang 9 (sijil penubuhan).

Seterusnya menyerahsimpan kepada SSM Borang 24, Borang 44 dan Borang 49 (dalam tempoh sebulan selepas penubuhan). 

Syarikat sudah boleh beroperasi.