CONTACT US

CONTACT US

Tuesday, 11 December 2012

KERATAN AKHBAR - LHDN Tegas Individu Pendapatan Bawah RM5,000 Tidak Dikenakan Cukai

BERITA
Sabtu September 29, 2012


CYBERJAYA: Selaras dengan pengumuman penurunan kadar cukai satu mata peratusan, individu yang pendapatan bercukainya di bawah RM5,000 tidak perlu lagi membayar cukai mulai tahun taksiran 2013. 



Menjelaskan demikian, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Tan Sri Dr Mohd Shukor Mahfar berkata mereka yang berpendapatan bercukai RM5,000 hingga RM20,000 ke atas pula akan menikmati kadar cukai sebanyak dua peratus berbanding tiga peratus sebelum ini.

"Manakala bagi individu yang pendapatan bercukainya antara RM20,001 hinggaRM35,000 pula akan dikenakan cukai sebanyak enam peratus berbanding sebelum initujuh peratus," katanya kepada pemberita di sini. 

Beliau berkata pengurangan cukai itu setelah diambil kira semua pelepasancukai dan bukannya mengikut pendapatan kasar. 

Mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Bajet 2013 danpengurangan cukai itu boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan di talian1-300-88-3010 atau emel di callcentre@hasil.gov.my. 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Belanjawan2013 semalam, mengumumkan penurunan kadar satu mata peratusan cukai mulai tahundepan, langkah itu membolehkan kira-kira 170,000 individu tidak perlu lagimembayar cukai pendapatan. 

Mohd Shukor berkata secara keseluruhannya bajet 2013 mengandungi 37 pindaandi bawah Akta Cukai Pendapatan 1967; lapan pindaan di bawah Akta Petroleum(Cukai Pendapatan) 1967; sepuluh pindaan di bawah Akta Cukai Keuntungan HartaTanah 1976; dan enam pindaan di bawah Akta Setem 1949. 

Kesemua pindaan itu katanya sebagai menyokong fokus bajet bagi merangsangaktiviti pelaburan, memperkasa pendidikan dan latihan, membudaya inovasi danmeningkat produktiviti. 

Justeru itu katanya, LHDN akan menganjurkan Seminar Percukaian Kebangsaan di23 lokasi di seluruh negara, mulai 3 Oktober depan. 

Ia bertujuan memberi penerangan lanjut berkaitan perubahan dalam Akta CukaiPendapatan dan akta-akta lain yang ditadbir agensi itu yang terkandung dalamBajet 2013. BERNAMA