CONTACT US

CONTACT US

Thursday 10 January 2013

MODAL SAHAM, CUKAI, MOF

Soalan :-

Saya masih tidak faham perbezaan antara Authorised Capital dan Paid up Capital. Boleh tuan terangkan maksud dan fungsi dalam pendaftaran dan berapa nilai min dan maksimun yang bagi nilai kedua-dua tersebut.

Jawapan :- 

- Authorised capital - "modal dibenarkan" adalah satu tetapan had bagi modal saham sesebuah Syarikat yang bakal ditubuhkan.

- Kebiasaan Syarikat yang baru ditubuhkan menetapkan modal dibenarkan RM100,000. Nak buat lebih pun boleh.

-Jika bidang perniaagaan yang dijalankan memerlukan lesen2 daripada goverment yang mana mungkin menentapkan sesuatu syarat bagi had authorised capital bagi membolehkan lesen berkaitan dipohon, kenalah buat berdasarkan syarat2 tersebut.

- Paid up capital - "modal berbayar" adalah modal yang dibayar kepada Syarikat oleh mereka yg ingin menjadi pemegang saham. Katalah Tuan buat Authorised capital RM100,000 minimum modal berbayar adalah RM2 (minimum shareholder adalah 2 org) dan maximum adalah setakat RM100,000. Seberapa banyak modal berbayar yg nak buat, pastikan ianya dibayar kepada Syarikat (masuk akaun bank Syarikat sbg bukti)


Soalan :-

Adakah Pengarah akan dikenakan cukai individu atau hanya syarikat yang berdaftar atas nama Pengarah sahaja akan dikenakan cukai???

Jawapan :-

- Syarikat akan dikenakan cukai Syarikat atas pendapatan boleh cukai (tak semesti yea sykt yg untung jea kena cukai, bergantung juga kdg sykt rugi tp masih lg kene cukai)

- Pengarah pula akan dikenakan cukai individu keatas gaji, allowance, bonus yg diterima daripada Syarikat.

Soalan :-

- Nilai kos yang perlu saya bayar andai pihak tuan mendaftarkan saya syarikat+cidb+mof dan adakah saya (wajib) melantik dan akan dikena kan bayaran bulanan kerana melantik tuan sebagai s/u cmpny ??? 

- adakah saya perlu berjumpa dengna pihak tuan untuk tujuan pendaftaran??

Jawapan :-

- Kos bagi penubuhan Syarikat sahaja adalah RM2,200 (tidak termasuk fee bulanan bg setiausaha Syarikat dimana RM60 setahun)

- CIDB tiada kepakaran (mungkin boleh dipelajari kemudian nanti)

- MOF kos kami adalah RM1,500 (untuk pendaftaran baru tidak termasuk kos sekiranya terdapat tambah bidang lebih dari sepuluh yg perlu dibyr ke MOF)

- Setiap Syrikat adalah perlu untuk melantik sekurang2 1 org setiausaha (caj bulanan kami RM60)

- Boleh samada ingin berjumpa atau tidak (Tuan duduk dimana?) Tuan nak dtg jumpe kami pun boleh atau kami boleh datang jumpe Tuan, bergantung dimana Tuan nak jumpe, biasa area KL, bangi, puchong, shah alam dan kawasan sekitar yea boleh. Kebanyakan customer kami area situ. Melaka pun ada.