CONTACT US

CONTACT US

Friday 18 January 2013

PERNIAGAAN DAN SYARIKAT

Soalan 1 

- Apa perbezaan syarikat penubuhan berbentuk “Group” dan yang lain? Cth: “XXXX Group”.

Jawapan : 

- Bentuk entiti perniagaan yang banyak dilakukan masa ini adalah secara perniagaan "enteprise" dan Syarikat Sdn. Bhd. Mungkin yang Cik maksudkan dengan group adalah Syarikat Sdn. Bhd. 

a) Perniagaan "enterprise" boleh dijalankan secara perseorangan atau perkongsian. Aset dan liabiliti ditanggung oleh pemilik. 

b) Syarikat Sdn. Bhd. (Minimum bilangan pemegang saham 2 orang dan boleh lebih daripada 2 orang) Syarikat dan pemegang saham adalah entiti yang berbeza. Dari segi liabiliti tanggungan oleh pemegang saham adalah terhad kepada jumlah saham yang dipegang. 
- Penubuhan berbentuk Group,menurut apa yang diketahui tidak ada...melainkan mengikut definisi pemahaman sesetengah orang, sekiranya mereka mempunyai lebih dari satu Syarikat dan mempunyai pegangan saham dalam syarikat tersebut, jadi mereka dianggap sebagai group. 

- Katalah si A ada syarikat Maju ABC Group Sdn. Bhd. & Syarikat ABC resources Sdn. Bhd., jadi mereka menggelarkan ia sebagai ABC Group...pemahaman biasa. 

- Dari segi Akta Syarikat, Pegangan Saham melebihi 50% dan ke atas, syarikat tersebut dikenali sebagai: 

a) Pemegang Saham dan Syarikat lebih dari 50% dikenali sebagai Holding Company. 

b) Syarikat yang dipegang saham oleh Holding Company dikenali sebagai Subsidiary  Company. 

Oleh yang demikian, kedua syarikat di atas dikenali sebagai "Group of Company". Ianya dikenalpasti melalui pegangan saham syarikat. 


Soalan 2 

- Adakah penubuhan syarikat “Group” sama seperti penubuhan perkongsian? 

Jawapan :

- Penubuhan Syarikat Sdn. Bhd., tidak sama dengan penubuhan perkongsian, akta yang berbeza...Jika tubuh Syarikat kita buat di SSM under ROC, tapi perkongsian under ROB... 

Kos penubuhan Syarikat agak mahal dalam anggaran RM2,000 ke RM2,500, tetapi perkongsian lebih kurang sama macam Cik register Enterprise bagi perseorangan yang ada cuma bezanya, pemilikan adalah berkongsi dengan individu lain. 

Perlu diingatkan bahawa kewujudan Group adalah berdasarkan kepada pegangan saham dan syarikat yang melebihi 50% atau lebih, keatas sesuatu syarikat. 


Soalan 3 

- Ia diklasifikasikan sebagai jenis syarikat apa? Atau ada isu berbangkit berkaitan dengan nama tersebut? 

Jawapan :

Jadi, Syarikat "Group" tidak ada untuk diklasifikasikan Syarikat jenis apa... 


Soalan 4 

- Untuk melantik firma tuan/puan sebagai setiausaha syarikat berapa jumlah sebenar yang perlu dibayar setiap bulan memandangkan kadar yang diberikan adalah dari RM100-RM350. 

Jawapan : 

Setiausaha Syarikat hanya perlu dilantik bagi yang membuka perniagaan melalui Syarikat Sdn. Bhd., manakala perniagaan enterprise yang dilakukan oleh Cik sekarang tidak memerlukan perlantikan seorang setiausaha syarikat yang mana kadar yuran bulanan adalah dalam lingkungan RM60 atau RM70 sebulan. Berdasarkan pemahaman kami, yang dimaksudkan oleh Cik bagi kadar bayaran bulanan RM100-RM350 itu adalah kos bagi kerja-kerja perakaunan, sekiranya pihak Cik berminat menggunakan perkhidmatan kami bagi kerja-kerja perakaunan kos adalah dalam lingkungan RM100-RM350 berdasarkan kepada workload sesuatu akaun atau transaksi yang berlaku. 

Disini kami menggunakan sistem perakaunan berkomputer bagi menyediakan akaun yang diperlukan oleh pelanggan kami berdasarkan kepada dokumen dan maklumat yang diberikan seperti penyata bank, invois jualan, resit2 bayaran dan penerimaan bayaran. 

Kebiasaan akaun yang disediakan bagi mereka yg menjalankan perniagaan enterprise ini bertujuan untuk pengiraan bagi cukai pendapatan individu (mereka ini perlu menghantar taksiran cukai pendatapan dari perniagaan pada setiap tahun iaitu sebelum 30 Jun kepada LHDN)


Sebarang Pertanyaan dan Bantuan Boleh Hubungi : En. Mohd. Radzi Bin Lasim. Tel HP : 019 - 300 7730