PERSOALAN:-
Salam saya Iman. Saya sering kali melawat blog encik dan saya ada
satu pertanyaan. Bagaimana/Bolehkan menambah jenis perniagaan kepada
"SERVIS".?
JAWAPAN:-
Salam kembali.
Terima kasih kerana sudi
melawat blog kami. Semoga ilmu yang ada dapat dikongsi dimanfaatkan bersama-sama.
A) PERNIAGAAN
MILIKKAN TUNGGAL DAN PERKONGSIAN
- Berbalik kepada persoalan di atas, pertama kami rujuk “Perniagaan”
kepada Perniagaan Milikkan Tunggal atau Perkongsian.
- Sebarang perubahan terhadap jenis perniagaan perlu dimaklumkan
dalam tempoh 7 hari selepas perubahan berlaku kepada pendaftar (SSM) dengan
mengisi Borang B (P.NA 2)
- Ianya perlu dilakukan sendiri oleh pemilik dan tidak boleh
diwakili oleh pihak lain dengan hadir ke SSM. Sebaliknya sekiranya perkongsian,
kesemua Pekongsi perlu hadir bersama.
B) SYARIKAT SDN. BHD.
Berbalik kepada persoalan
di atas, pertama kami rujuk “Perniagaan” kepada Syarikat Sdn.
Bhd.
- Dalam Memorandum Persatuan dimestikan untuk menyatakan 3
jenis perniagaan yang ingin dijalankan.
- Berdasarkan kepada Seksyen 28, Akta Syarikat 1965, pindaan
terhadap jenis perniagaan dijalankan “Objek Klaus” perlu dibuat melalui
resolusi khas didalam Mesyuarat Agung Luarbiasa ‘EGM”.
- Oleh itu, sekiranya didalam Objek Klaus yang sedia ada
tidak menyatakan perniagaan jenis “Servis” tadi dan Syarikat ingin menjalankan
perniagaan tersebut, perlu membuat perubahan atau pindaan pada Objek Klaus di
dalam Memorandum Persatuan.
Kesimpulannya, perubahan
dan pindaan Objek Klaus perlu dilakukan sekiranya ingin menjalankan perniagaan
lain yang tidak dinyatakan didalam Memorandum Persatuan. Ini bagi memudahkan
urusan Syarikat dikemudian hari sekiranya ingin membuat pendaftaran dengan mana-mana
jabatan kerajaan seperti MOF, memohon lesen atau sebagainya.