CONTACT US

CONTACT US

Wednesday 28 August 2013

TUBUH SYARIKAT – “SUBSIDIARY COMPANY”

PERSOALAN:-

Saya ingin menubuhkan syarikat utk bisnes kereta sewa, dan syarat utk mendapatkan lesen dr kmnterian plncongan ialah paid up capital 200k

Boleh x jika saya menjadi subsidiary company kpd syarikat lain yg paid up capitalnya 200k utk mengatasi mslh ini dan apakah prosedurnya...

Terima kasih


JAWAPAN:-

Terima kasih diatas email tersebut.

- Authorised Capital adalah jumlah maximum saham yang boleh diterbitkan oleh Syarikat.

- Paid Up Capital pula adalah jumlah saham berbayar yang diterbitkan oleh Syarikat kepada setiap Pemegang Saham Syarikat. Jumlah minimum RM2 dan maximum berdasarkan Authorised Capital. 


- Syarikat yang bakal ditubuhkan akan mempunyai Authorised Capital RM400,000, manakala Paid Up Capital pula bergantung kepada pihak Tuan. Adalah menjadi kewajipan, bayaran bagi Paid Up Capital dimasukkan didalam akaun Syarikat.

- Bagi permohonan lesen dengan Kementerian Perlancongan, Syarikat dimestikan mempunyai Paid Up Capital minimum RM200,000.

- Syarikat boleh untuk menjadi Subsidiari Company kepada Syarikat yang lain, iaitu Syarikat lain akan mempunyai pegangan saham dalam Syarikat Tuan melebihi 51% (Holding Company).

- Syarikat Tuan juga boleh membuat permohonan lesen sekiranya struktur Pegangan Saham Syarikat terdiri daripada individu dan Syarikat. 

- Holding Company boleh mempunyai Paid Up Capital lebih atau kurang daripada RM200,000, namun Syarikat Tuan masih perlu mempunyai Paid Up Capital minimum RM200,000.

- Hendaklah dipastikan bahawa para Pengarah atau Pemegang Saham Syarikat (Subsidiary atau Holding) tidak pernah memohon sebarang lesen dengan kementerian secara individu atau melalui Syarikat lain (pihak Kementerian akan membuat semakan bagi setiap nama Pengarah atau Pemegang Saham terlibat.) 

- Proses penubuhan Syarikat baru kebiasaanya mengambil masa 4 ke 5 hari waktu bekerja. 

Harap dapat membantu.