CONTACT US

CONTACT US

Friday 21 March 2014

PERNIAGAAN ENTERPRISE DAN CUKAI



PERSOALAN:-

Saya mendapat email tuan daripada blog. Saya bercadang membuka perniagaan interprise dan ingin mengetahui secara lebih detail mengenai:
1. Cukai yang dikenakan bagi perniagaan jenis ini
2. Pengecualian cukai yang diperolehi
3. Adakah syarikat encik menyediakan khidmat akauntan secara bulanan or tahunan?
    - Ini kerana saya ingin mendapatkan khidmat professional untuk menyusun akaun perniagaan saya bagi tujuan tax declaration, loan and etc.
4. Jika item 3 is valid, apa kos or fee yang dikenakan oleh pihak tuan.


JAWAPAN:-

Waalaikumussalam.
Terima kasih di atas email Tuan.
Berhubung pertanyaan Tuan:


1.  Cukai yang dikenakan bagi perniagaan Enterprise adalah merupakan percukaian individu. Segala keuntungan atau kerugian perniagaan Enterprise akan ditaksirkan dan dikenakan cukai (sekiranya ada) ke atas individu yang menjalankan perniagaan milikan tunggal atau perkongsian. Tuan perlu membuat taksiran cukai melalui Borang B (Tarikh akhir serahan pada atau sebelum 30 Jun setiap tahun)
Sebagai makluman, berbeza dengan mereka yang menjalankan perniagaan melalui Syarikat Sdn. Bhd., dimana keuntungan atau kerugian perniagaan akan ditaksir dan dikenakan cukai (sekiranya ada) ke atas Syarikat sahaja. 
Pengarah bagi sesebuah Syarikat yang menerima gaji, elaun, bonus atau apa-apa bentuk bayaran yang boleh dikira sebagai pendapatan bagi Pengarah, maka cukai bagi pendapatan yang diterima oleh Pengarah sahaja akan ditaksir atas cukai individu.
2.     Tiada pengecualian cukai diperolehi oleh mana-mana individu yang memperolehi pendapatan sama ada makan gaji atau menjalankan perniagaan. Sama ada dikenakan cukai atau tidak, taksiran atas pendapatan diperolehi perlu dibuat terlebih dahulu.
Pelepasan-pelepasan cukai antaranya, diri sendiri RM9,000, isteri RM3,000, anak-anak dibawah 18 tahun RM1,000 seorang. Tuan juga boleh merujuk dilaman Web LHDN untuk senarai penuh.
3.       Ya, kami ada menyediakan beberapa perkhidmatan seperti berikut:
            a.         Pengauditan
            b.         Perakauanan
            c.         Percukaian
            d.         Setiausaha Syarikat
Bagi perkhidmatan perakaunan, di sini kami menggunakan sistem perakaunan berkomputer dalam penyediaan maklumat akaun seperti penyata pendapatan, Lembaran Imbangan, lejar, penyata penyesuaian bank dan lain-lain.
Penyediaan akaun boleh sama ada secara bulanan atau tahunan (mengikut kesesuaian Tuan) dan akaun akan dibuat berdasarkan maklumat dan data transaksi perniagaan yang telah disediakan oleh pelanggan.
4.      Kos pula, bagi akaun yang dibuat secara bulanan caj kami adalah bermula dari RM100 dan tidak termasuk disbursement (printing, telephone, etc).
Manakala, bagi akaun tahunan RM1,200 tidak termasuk disbursement (printing, telephone, etc).
Sekiranya ia merangkumi sekali pengiraan cukai, penyediaan borang cukai dan serahan kepada LHDN, kosnya adalah RM1,800 termasuk disbursement.
Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan pihak kami.
Sekian. Terima kasih.