CONTACT US

CONTACT US

Tuesday 12 November 2013

KOMPAUN KESALAHAN AKTA SYARIKAT 1965

PERSOALAN:-


 Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah terjumpa laman web tuan. saya dari sabah ingin bertanya tentang kompaun yang dikenakan atas kesalahan di bawah akta 145 (1) 165 (4) 169 (1). saya telah membuat rayuan pengurangan kompaun  yang dikenakan dan telah diberikan 50% diskaun, Bolehkah saya memohon meminta pengurangan lagi atas kompaun yang dikenakan? sebenarnya yang telah melantik sebuah syarikat untuk mebuat permohonan pembubaran syarikat atas sebab saya tidak ada pengalaman mengendalikan syarikat ini dan juga syarikat ini tidak lagi beroperasi semenjak syarikat ini dipindahkan atas nama saya. Mungkin kesilapan saya kerana tidak mempunyai pengalaman dan membiarkan syarikat  yang dilantik membuat urusan penutupan syarikat. Untuk makluman tuan, saya telah membayar sepenuhnya bayaran perkhidmatan itu.  Sehinggalah baru-baru ini saya menerima notis terakhir kompaun. Apakah tindakan yang harus saya lakukan agar saya dapat menutup syarikat ini sepenuhnya dan tidak lagi dikenakan apa-apa tindakan pada masa akan datang.

yang mengharapkan nasihat dari tuan,
Sekian, terima kasih.


JAWAPAN:



Untuk makluman Puan,

Pada kebiasaannya, pengurangan bagi kompaun bagi Syarikat yang akan ditutup boleh diberi sehingga 80% diskaun. Puan boleh membuat rayuan lagi bagi pengurangan kompaun yang dikenakan dengan syarat Puan telah menyerahsimpan dokumen pembatalan nama Syarikat (Strike Off).

Setelah dokumen itu diserahsimpan, Puan boleh mengemukakan rayuan kali kedua bagi pengurangan yang berikutnya. Sekiranya Puan telah membayar sepenuhnya bagi perkhidmatan penutupan Syarikat, pihak berkenaan sepatutnya telah menyediakan dokumen seperti, akaun pengurusan Syarikat, Penyata permohonan untuk pembatalan nama Syarikat, resolusi untuk pembatalan nama Syarikat dan sebagainya untuk ditandatangani oleh pihak Puan dan seterusnya menyerahsimpan dokumen tersebut kepada pihak SSM sebelum sampai masa untuk akaun Syarikat di audit.

Berdasarkan kepada permasalah Puan, notis kompaun yang terakhir yang diterima oleh pihak Puan adalah disebabkan pihak Puan tidak menghantar dokumen Penyata Tahunan dan Penyata Kewangan Beraudit. Hal ini seolah-olah Syarikat Puan masih beroperasi kerana tiada permohonan pembatalan nama Syarikat yang dikemukakan oleh pihak Puan. Sekiranya Puan telah menghantar permohonan pembatalan nama tersebut, kompaun yang terakhir itu tidak akan diterima oleh pihak Puan.

Puan seharusnya bertanya dan berjumpa pihak yang telah dilantik kerana Puan telahpun menjelaskan bayaran perkhidmatan tersebut. Puan juga perlu bertanya kepada mereka tentang status terkini dokumen penutupan Syarikat itu.

Puan juga perlu mengarahkan pihak tersebut untuk menyerahsimpan dokumen tersebut kepada pihak SSM secepat yang mungkin bagi mengelakkan kompaun dikenakan kepada pihak Puan.


Sekian, dimaklumkan.

p/s : Harap dapat membantu
  

Terima kasih. 

RADZI & CO.

Chartered Accountants (M)