CONTACT US

CONTACT US

Monday 18 February 2013

PENUTUPAN SYARIKAT SDN. BHD.

From: "xxxxx@yahoo.com" <xxxxx@yahoo.com>
To: "mr.radzi@yahoo.com" <mr.radzi@yahoo.com> 
Sent: Thursday, February 14, 2013 7:12 PM
Subject: Pembubaran Syarikat


Salam En. Radzi,

Kami mempunyai Syarikat tidak aktif selama 4 tahun dan ingin membubarkannya. Selama 4 tahun ini juga, kami tidak mendapat apa-apa khidmat atau nasihat daripada Setiausaha Syarikat untuk menyediakan laporan, penyata atau sebagainya. Malah kami tidak pernah mendapat apa-apa bil perkhidmatan dari Setiausaha Syarikat. 

Pada tahun ini kami berbincang untuk menutup Syarikat, dan bila menghubungi Setiausaha Syarikat, mereka meminta kami menjelaskan bil tertunggak selama 4 tahun berjumlah ribuan ringgit. Mereka tidak mahu membantu menutup Syarikat dan tidak mahu menyediakan dokumen berkaitan. Kami tidak mampu untuk menjelaskan sekaligus kerana jumlahnya agak besar. Mereka tidak mahu bertolak ansur. Boleh En Radzi beri pendapat, ada cara lain yang boleh digunakan supaya kami boleh menutup syarikat ini? Saya takut kos akan bertambah pada masa hadapan jika ditangguh pebubaran Syarikat ini.

Terima kasih.



Terima kasih. Berdasarkan kepada penerangan di atas, xxxx mempunyai pilihan dengan membatalkan nama Syarikat atau dikenali sebagai “Strike Off” dibawah Seksyen 308, Akta Syarikat 1965. Pembubaran nama Syarikat ini perlu dilakukan di SSM. 


FUNGSI SETIAUSAHA 

Adalah menjadi tanggungjawab Setiausaha Syarikat dalam memberi khidmat nasihat kepada Syarikat. Ini adalah fungsi utama dan amat penting kepada Syarikat. Antara perkara-perkara yang lain dan berkaitan termasuklah:- 

a) Penyediaan Penyata Akaun Syarikat untuk di audit setiap tahun (walaupun Syarikat “Domant”) dan perlu dibentangkan pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) -   berdasarkan peruntukkan Akta Syarikat 1965, Seksyen 169. 

b) Seksyen 143, Akta Syarikat yang sama, Syarikat perlu mengadakan AGM pada setiap tahun kalendar. 

c) PenyataTahunan – Seksyen 165, Akta Syarikat 1965, perlu di serahsimpan kepada SSM bersama dengan penyata kewangan beraudit dalam tempoh satu(1) bulan selepas AGM diadakan. 

d) Pematuhan dan perkara cukai (LHDN) - Akta Cukai 

e) Pematuhan dan perkara Audit Kewangan – Akta Syarikat 


PROSES PEMBUBARAN NAMA SYARIKAT 

Prosedur yang akan dilalui untuk penutupan Syarikat adalah seperti berikut:- 

- Membuat carian maklumat terkini Syarikat 

- Semakan kompaun (sekiranya ada, kami akan menyediakan surat rayuan pengurangan kompaun kepada SSM terlebih dahulu. Segala kompaun perlu dijelaskan terlebih dahulu sebelum penutupan dapat dilakukan). 

- Penyediaan dokumen-dokumen berkaitan dengan penutupan yang perlu ditandatangani oleh perngarah/pemegang saham. 


SITUASI SEMASA 

- Situasi yang pihak xxxx alami adalah seakan-akan yang menjadi lumrah ketika ini. Seharusnya, situasi ini tidak sepatutnya berlaku. Hubungan dua (2) pihak perlu wujud antara pihak xxxx dan Setiausaha Syarikat dalam menjalankan fungsinya dalam keadaan yang baik. 

- Bagi entiti Syarikat Sdn. Bhd. yang tidak menjalankan apa-apa perniagaan, antara langkah terbaik adalah dengan menutup Syarikat tersebut. Benar kata xxxx, kos akan terus meningkat sekiranya Syarikat tersebut diteruskan juga tanpa apa-apa aktiviti. 

- Syarikat Puan boleh ditutup berdasarkan kenyataan xxxx di atas. Keputusan untuk menutup Syarikat Sdn. Bhd. adalah hakmilik sepenuhnya Pemegang Saham. Oleh yang demikian, sekiranya Pemegang Saham bersetuju untuk menutup, ianya boleh dilakukan. 

- Tentang kos yang dikenakan kepada Syarikat xxxx, dinasihatkan agar meneliti semula caj yang dikenakan. 


Sebagai panduan (Kos setahun): 
   
a) Kos bagi Setiausaha Syarikat (Monthly Fee) 
    - Kadar biasa : RM60 x 12 bulan RM720 

b) Penyata Tahunan (Annual Return) 
     - Setahun sekali RM420 (termasuk fi kepada SSM)

c) Audit Kewangan ('Dormant") - Setahun sekali (RM1,000) 


Pembatalan nama Syarikat ini dilakukan kepada Syarikat yang tidak aktif sahaja. Bagi Syarikat yang aktif, maka pilihan pembubaran adalah secara arahan Mahkamah (winding up) perlu dilakukan. 

Di sini Setiausaha Syarikat hanya berhak menuntut yuran Setiausaha Syarikat iaitu RM60 sebulan sehingga yang tertunggak hari ini. Sekiranya empat (4) tahun, maka jumlah yang perlu dibayar adalah: 

RM60 x 12 bulan x 4 tahun : RM2,880 (anggaran) 



Sekiranya melebihi atau membebankan, maka bolehlah berbincang untuk pengurangan atau diskaun sebaik mungkin. 

Terdapat situasi bahawa setiausaha syarikat akan menyenaraikan secara terlebih dahulukan kos seperti perkara (a), (b) dan (c) walaupun tugas tersebut belum dilakukan dan dilaksanakan. Ini akan menyebabkan jumlah yang dikenakanakan menjadi lebih banyak. 

Kos penutupan Syarikat “strike-off” adalah RM1,620.00. Kos yang terlibat adalah seperti berikut:- 


Service charge : RM1,300.00 

Disbursement   : RM 500.00 

Fee to SSM        : RM 120.00 

JUMLAH               : RM1,920.00 


Sekian. Terima kasih. 


P/s: Moga dapat membantu.


Sebarang Pertanyaan dan Bantuan Boleh Hubungi : En. Mohd. Radzi Bin Lasim. Tel HP : 019 - 300 7730