CONTACT US

CONTACT US

Sunday 19 May 2013

MENJALANKAN SYARIKAT SDN. BHD. DAN MILIKAN TUNGGAL

PERSOALAN:- 

Saya nak tanya.. Saya ada sebuah sykt sdn bhd yang tak aktif dan tak pernah menjalankan apa - apa perniagaan pun tapi atas sebab - sebab tertentu, saya tak boleh nak tutup syarikat tersebut.. kalau saya nak daftar untuk milikan tunggal atas nama saya boleh tak? atau saya kena tutup sykt tersebut dulu? 

JAWAPAN:- 

a) Syarikat Sdn. Bhd. dan Perniagaan Milikan Tungga

- Syarikat dan perniagaan milikan tunggal mempunyai perbezaan antara satu sama lain, antaranya Syarikat dan Pemilik (Pemegang Saham) adalah berlainan entiti. Manakala Pernigaan Milikan Tunggal dan pemilik adalah sama. Boleh juga rujuk pada MILIKAN TUNGGAL DAN PERKONGSIAN 


b) Syarikat yang tidak aktif 

- Terdapat dua situasi Syarikat yang dikatakan tidak aktif. 
- Pertama, Syarikat ditubuhkan, tetapi tidak pernah menjalankan sebarang aktiviti perniagaan sejak tarikh penubuhan. 
- Kedua, Syarikat ditubuhkan, kemudian menjalankan operasi selepas penubuhan, akan tetapi kemudiannya menghentikan dan menutup operasi perniagaan dan menjadi tidak aktif sehingga kini. 

c) Penutupan Syarikat yang tidak aktif 

- Syarikat boleh memohon kepada SSM untuk menutup Syarikat dibawah Seksyen 308, Akta Syarikat 1965, dengan syarat, Syarikat tidak mempunyai aset atau liabiliti semasa permohonan dibuat dan mendapat persetujuan oleh semua Pemegang Saham Syarikat. 

- Kebiasannya masalah yang mungkin berlaku untuk menutup sesebuah Syarikat yang tidak aktif seperti, tidak dapat berhubung dengan Pengarah atau Pemegang Saham yang lain, tidak mendapat persetujuan Pengarah atau Pemegang Saham lain. 

d) Pendaftaran Perniagaan Milikan Tunggal 

- Tidak menjadi masalah sekiranya ingin mendaftarkan perniagaan Milikan Tunggal di atas nama Puan dan pada masa yang sama mempunyai Syarikat Sdn. Bhd. 
- Puan tidak perlu menutup Syarikat (sekiranya ada). Boleh juga menjalankan kedua-duanya sekali. 
- Tetapi, sekiranya Syarikat yang ada tidak aktif dan tidak ditutup, kemungkinan akan membebankan kerana terpaksa menanggung kos tinggi untuk buat audit, mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan dan serahan Penyata Tahunan kepada SSM. 


MAKLUMAT TAMBAHAN 

- Tidak kira samada perniagaan itu Syarikat atau Perniagaan Milikan Tunggal, perlu menyimpan rekod transaksi perniagaan dilakukan. 

- Walaupun Syarikat tidak aktif, adalah menjadi tanggungjawab Pengarah Syarikat untuk menyediakan laporan kewangan beraudit. Sekiranya ianya tidak dilakukan, Syarikat dan Pengarah boleh dikenakan kompoun atas kegagalan melaksanakan perkara tersebut di bawah Seksyen 143(1), 165(4) dan 169(1).Tetapi bagi Perniagaan Milikan Tunggal tidak perlu diaudit akaunnya. 

- Dari segi cukai, kedua-duanya sekiranya aktif, perlu membuat serahan taksiran cukai masing-masing, Syarikat (bagi Syarikat) dan Individu (bagi Perniagaan Milikan Tunggal). 

- Syarikat, aktif atau tidak aktif, perlu hantar Penyata Kewangan Beraudit dan Penyata Tahunan kepada SSM (ROC), tetapi Perniagaan Milikan Tunggal tidak perlu menghantar apa-apa berkaitan akaun kepada SSM (ROB).