CONTACT US

CONTACT US

Wednesday 11 September 2013

PROSES PENUTUPAN SYARIKAT

PERSOALAN:-


Syarikat saya telah tak beroperasi sejak 2007. oleh itu saya nak tutup sdn bhd di ssm. bagaimana proses dan adakah kena penalti.



JAWAPAN:-

- Mengenai persoalan, Tuan boleh menutup Syarikat dibawah Seksyen 308 dengan syarat Syarikat tidak beroperai sejak ditubuhkan atau telah memberhentikan operasi untuk jangkamasa melebihi setahun.


Syarat-syarat lain antaranya:-

1) sekiranya mempunyai akaun bank, perlulah ditutup.

2) Syarikat tidak mempunyai sebarang aset atau liabiliti.

3) Tidak mempunyai apa tunggakkan bayaran cukai kepada LHDN.

4) Tidak mempunyai sebarang kompoun daripada SSM (boleh buat semakkan status samada Syarikat mempunyai kompaun atau tidak)


- Proses bagi urusan penutupan, Pengarah Syarikat perlu membuat permohonan kepada SSM bagi tujuan tersebut.


Dokumen yang perlu disertakan dalam proses penutupan seperti berikut antaranya:-

a) Resolusi yang ditandatangani oleh Pemegang Saham Syarikat berkaitan persetujuan Syarikat ditutup.

b) Surat kepada SSM, menyatakan tujuan permohonan penutupan dibuat.

c) Akaun Pengurusan


- Anggaran tempoh masa proses penutupan oleh pihak SSM dalam tempoh 6 bulan atau lebih.


Kos kami:

Fee SSM = RM 120.00

Professional service & documentation = RM1,800.00

Jumlah = RM1,920.00


Harap membantu.


Sekian.