CONTACT US

CONTACT US

Sunday 20 October 2013

TANGGUNGJAWAB TERHADAP PENGISHTIHARAN CUKAI



PERSOALAN:-

Assalamualaikum,

Saya amat tertarik dengan ulasan dan jawapan yang Tuan berikan dalam blog tuan.

Saya ada solan mengenai cukai pendapatan….

Saya berumur 46thn, pekerjaan sekarang bekerja sendiri dengan XXX Sdn Bhd. Sejak dari mula bekerja sewaktu umur saya sekitar 24-25thn selepas tamat belajar ,sehingga sekarang saya belum pernah declare cukai pendapatan saya. Syarikat mula ditibuhkan pada tahun 2006. Sebelum 2006 pekerjaan saya kebanyakannya tidak tetap atau lebih kepada temporary job sebab saya terlalu ghairah mencari ilmu dan memenuhi tuntutan sifat explorer saya.

Saya rasa sudah sampai masanya, saya update dan declare account cukai saya. Tapi takut untuk terus bertemu LHDN kerana takut dikenakan kompaun yang tinggi tempoh bayaran yang keta.


Saya harap En. Radzi dapat membantu menyelesaikan account cukai saya yang tertunggak ini, tanpa membebankan saya.

Terima Kasih, wasalam.


JAWAPAN:-

Waalaikumussalam,

Kami mendoakan agar Tuan sentiasa didalam lindungan Allah S.W.T.

1) Sekiranya Tuan bekerja sendiri dengan Syarikat XXX Sdn. Bhd., mungkin Tuan merupakan seorang Pengarah di dalam Syarikat tersebut.

2) Persoalan Tuan berkenaan tidak pernah mengistiharkan cukai pendapatan individu sejak mula memasuki alam perkerjaan sehingga kini, situasi Tuan mungkin antara yang berikut dan tidak dikenakan cukai (pengistiharan pada Borang Cukai Individu bergantung pada pihak Tuan, samada hendak ishtihar atau tidak) antaranya;

   a) Sekiranya gaji atau pendapatan dalam setahun diterima berada di bawah paras pendapatan boleh cukai atau,

   b) Sekiranya gaji atau pendapatan dalam setahun diterima berada pada kedudukan pendapatan boleh cukai, tetapi mempunyai jumlah pelepasan cukai, rebet atau bayaran zakat individu melebihi amaun pendapatan boleh cukai 

3) Dalam situasi, Tuan ada membuka perniagaan berbentuk Syarikat Sdn. Bhd. dan Tuan merupakan Pengarah Syarikat, di sini terdapat 2 jenis cukai yang berbeza iaitu;

    a) Cukai Syarikat, sekiranya aktif. (Perlu membuat pendaftaran fail cukai Syarikat dan menghantar Borang C & R bagi tahun bermula Syarikat mempunyai pendapatan)

       b) Cukai individu - Pengarah yang menerima gaji atau elaun daripada Syarikat (makan gaji dan perlu istihar atas cukai individu itu sendiri) rujuk kembali pada perkara 2.

4) Pada masa sekarang sekiranya Tuan bercadang menguruskan urusan percukaian Syarikat Tuan dan Tuan sendiri mengikut undang-undang, ianya adalah amat baik kerana dapat mengelakkan masalah dikemudian hari.

- Disini kami memberikan beberapa pandangan kami berhubung perkara 4. 

     a) Sekiranya Syarikat baru aktif, katakan pada 2012 baru ada income hingga sekarang, Syarikat perlu membuat pendaftaran fail cukai (sekiranya tidak pernah berdaftar) dan perlu menghantar borang cukai (samada kene cukai atau tidak) ke LHDN bermula pada tahun Syarikat ada pendapatan.

5) Berhubung dengan perkara cukai Syarikat, sebelum borang cukai dapat dihantar, perkara berikut perlulah dibuat terlebih dahulu.

    a) Pihak Tuan perlulah menyediakan akaun yang mengandungi lembaran Imbangan dan penyata pendapatan. (Tuan boleh samaada membuatnya sendiri atau mengupah kepada mereka yang mahir dalam perkara ini)

   b) Untuk maklumat tambahan, bahawa Syarikat melalui Pengarah perlulah menyimpan segala rekod berkaitan urusniaga Syarikat selama 7 tahun.

     c) Berkenaan dengan akaun Syarikat juga, Pengarah perlulah memastikan akaun Syarikat di audit oleh Juruaudit Syarikat yang telah dilantik. (telah termaktub dalam Akta Syarikat)

      d) Akaun yang telah diaudit tadi, perlulah dibentangkan didalam Mesyuarat Agung Tahunan Syarikat pada setiap tahun kelender (bagi urusan ini menjadi tanggungjawab Setiausaha Syarikat Tuan, untuk memastikan Syarikat dan Pengarah mematuhi akta Syarikat yang berkaitan)

   e) Adalah menjadi kewajipan Pengarah dan Syarikat untuk menyerahsimpan Penyata Tahunan dan akaun beraudit kepada pihak SSM (walaupun Syarikat tidak aktif). Kegagalan berbuat demikian, menyebabkan para Pengarah dan Syarikat boleh dikenakan kompoun oleh SSM.

      f) Berdasarkan pada akaun diaudit juga, Tuan bolehlah menggunakan maklumat yang ada didalam akaun beraudit Syarikat bagi tujuan cukai Syarikat. (disini barulah boleh tahu kedudukan cukai Syarikat sama ada dikenakan atau tidak) - Boleh melantik ajen cukai bagi tujuan cukai Syarikat.


Sekian. 

Harap dapat membantu.